Tuesday, 18 June 2013

Layakkah Pendosa Seperti Aku untuk Disayangi Allah ?

Assalamualaikum w.b.t.

Ini ceritera suatu perjalanan kehidupan. Ada orang, dia dihantui oleh dosa-dosa waktu silamnya. Ada orang yg selalu sendiri, kesunyian, dan menangis sendirian. Kenapa ? Kerana sesudah dia bertaubat, dia jatuh lagi ke dalam lubang yang sama berulang-ulang kali. Barangkali timbul suatu kata yg mungkin boleh beritahu Allah bahawasanya..

" Ya Allah, Aku sangat takut untuk berbicara soal Dosa Aku dan Keampunan Kamu. Kerana aku khuatir sekali Allah merasakan bahawasanya Taubat aku ini hanya sekadar main-main. Kenapa ? Kerana sesudah aku bertaubat, aku jatuh lagi ke dalam lubang yg sama.. "



Tapi, tahukah kita yg Baiknya Allah. Dia tahu kita selalu jatuh ke dalam lubang yang sama. Sebab itu Dia selalu buka pintu taubatNya. Allahu, baik kan Allah ? Di sini sy nak kongsi suatu Hadis Qudsi yg barangkali boleh memberi semangat kpd kita utk terus bermujahadah, bertaubat kepada Allah..

Dari Anas Bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

" Wahai anak Adam, selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkan dosa² darinya. Sekiranya dosa kamu itu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap ampunkan dan Aku tidak peduli. Wahai Adam, seandainya sepenuh ruang di antara langit dan bumi itu adalah dosa² kamu, dan engkau datang kepada aku untuk memohon keampunanKu, dan engkau tidak mensyirikkan Aku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunanKu juga seluas Langit dan bumi " ..



Allahu, aku telah tersilap. Aku menyangka bahawasanya Allah yg telah jauh dari aku. Tp sebenarnya Aku yang telah jauh, begitu jauh dari Allah.. Aku lupa, Allah selalu khabarkan aku, dan orang² lain tentang suatu perkara iaitu, " Jangan Putus Asa ! Jangan ! " . 

" Katakanlah kepada hamba² Ku yang melampaui batas, jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sungguh, Allah mengampunkan dosa² kamu semuanya. Sungguh², Allah itu maha beri ampun lagi maha sayang kamu " - Surah Az Zumar 53

" Dunia ini suatu rentetan sebuah perjalanan. Dari mana dan hendak ke mana ? Dari Allah, dan akan kembali pulang kepada Allah. Terkadang, di perjalanan ini, kita jatuh tapi Allah kata bangun. Kita rebah, tp Allah kata bangkit. Kita lemah, tp Allah kata teruskan berjalan sehingga di akhir nanti, engkau akan tersenyum apabila bertemu Aku. Jadi, teruskan berjalan wahai sahabatku yang baik. Teruskan " !