Wednesday 3 February 2016

Kelebihan Melazimi Amalan Membaca Surah Al Mulk Sebelum Tidur

Assalamualaikum wbt. Last aku update blog pelangimenari ni adalah September 2013, iaitu 3 tahun lepas. Fuh, boleh tahang lame bejamang dok sentuh blog. Alhamdulillah, 3 tahun dah Allah sambung lg nyawa ni. Sikit masa lagi, mati lah aku. Dakpelah, asal boleh tulis apa yg baik walaupun aku bukan orang baik, dan In Shaa Allah tumpang-tumpang pahala sbb Nabi sebut brg siapa menunjuki kpd org lain jalan kebaikan, maka dia dapat pahala seperti mana org yg mengerjakannya.


Terus pd point je.
Tengok dan tilik lah gambar di bawah. 
Bukti Allah pertontonkan kpd kita, 
Akan adanya azab & siksa kubur.





Point seterusnya.

Aku peringat tetiap malam kat diri aku supaya baca Al Mulk, kemudian ingatkan orang lain. Takdok ape yg terlintas melainkan aku takut dgn nasib aku sendiri kekgi dalam kubur, dan aku nk tgk jugak org lain selamat kekgi dalam kubur, mudah mudahan same same dgn aku sekali.

Doh Bakpe Kene Amal Baca Al Mulk setiap malam sebelum tidur ?

Nok senang faham, gini je. Surah Al Mulk ni akan selamatkan kita dari azab kubur. Bile kite mati, itu menandakan dah terpisahnye kite drpd dunie. Makne kate, takdok kesempatan dah nk beramal, bertaubat dan bowok bekal. Bile org pikul kite, letok dlm lubang kubur maka mule-mule kite akan didatangi Mungkar dan Nakir.  Bulih jawab, Alhamdulillah. Dok bulih jawab, bulih sakit lah. Sbb tu Nabi sebut siapa yg selamat persinggahan pertama yakni alam barzakh, atau alam kubur, maka akan dimudahkan baginya persinggahan seterusnya yakni alam akhirat.



Nabi kate, kalau manusie ni tahu azab dan penderitaan org yg tgh kene sekse dalam kubur, maka takdok sorang manusie pun akan tidur dengan lena. Nabi kabo lagi, kalu tidak kerana aku khuatir manusie ni tak akan berani nok sentuh nok urus mayat sebab terlalu takut, nescaya aku berdoa kpd Allah supaya Allah perdengarkan suara jeritan azab kubur kpd manusia. Allahurobbi, aku takut bab ni sungguh pun sbb Sayyidina Umar sendiri pun nangih basoh janggut bile cerite bab kubur. 

Sahabat tanya dia, hei Umar bakpe mu nangih kalu cakak pasal kubur. Mu pernoh jugok cakak pasal neraka, tp dok nangih macam ni pun ? Jawab Umar,

" Sebab aku pernah dengor Nabi kata tidak ada penderitaan dan pemandangan yang lebih menakutkan pernah aku lihat melainkan pemandangan azab dalam kubur "

Sahabatku yg baik. Surah Al Mulk ni 2 muke setengoh je. 30 ayat je, dok sapa 10 minit pun bace. Ape kate, kite bace dlu slow. Bile dah terbiase, lame lame kekgi jadi mcm dok kene selagi dok bace Al Mulk sebelum tidur. Percayalah sahabatku yg baik. Pgg sungguh-sungguh dgn ape yg Allah janji, org beramal dgn Surah ni, In Shaa Allah die selamat dalam kubur kekgi.

Assalamualaikum wbt.






Friday 13 September 2013

Suami Yang Baik, Dambaan Hati Seorang Isteri ?

Assalamualaikum sahabatku yang baik. Alhamdulillah hari ini kita masih di dalam jagaan Allah dan syukur pelangi ini masih lagi mampu menari di celah-celah Langit Ilahi. Suka lettuw tengok tajuk ataih sana pun dah tau ceq nak ceghita pasai nikah kawin..

Inshaallah dlm coretan kecil ini, kita tengok sikit apa tips yg Nabi habaq dekat kita tentang lagu mana nak jadi suami yg baik, dan isteri yg solehah..


Apa ciri-ciri seorang Suami yang Baik ?

" Org² mukmin yg paling sempurna keimanan mereka adalah org² yg paling baik akhlak mereka dan sebaik-baik kamu adalah yg paling baik kepada isteri mereka " ..

Kalau kita nak cerita satu² ciri² suami yg baik ni, sampai pru lagi skali pun tak abih. Tp apa kata Nabi ? Simple. Suami yg baik adalah dia yg paling baik dgn isterinya. Adapun segala ciri-ciri yg baik yg diinginkan seorang isteri itu, maka itu lah yg patut ada pada seorang yg bernama Suami..

Lelaki kena ingat, isteri ini adalah amanah Allah pada kita. Di akhir nanti, Allah akan tanya segala macam perihal bagaimana kita bawa isteri kita, ke Syurga atau ke Neraka ? 

Sebab Allah dah pesan awal² dalam Al Quran, lelaki itu pelindung bagi wanita. Jadi wajarlah jika wanita inginkan seseorang yg boleh bimbing mereka, bangunkan mereka saat mereka rebah, dakap mereka jika kepenatan, bimbing mereka andai mereka lemah, dan iringi mereka dalam perjalanan mencari Syurga Allah. 

Bagaimana pula untuk menjadi Isteri yg baik, penyejuk mata bagi suami ( Qurratun Ain ) ?

Nabi sebut dalam banyak Hadis yg menceritakan bagaimana tanggungjawab seorang Isteri buat suami. Dan dalam byk² Nabi sebut, kata kunci dia simple. TAAT. Seperti di dalam suatu Hadis Nabi sebut,

" Isteri yang solehah itu bila kamu si suami memandang akan dia, kamu akan merasa gembira. Apabila kamu menyuruh dia, dia segera mentaatinya. Dan apabila kamu tiada, dia menjaga diri dia" 

Masyaallah, simple je Nabi cakap tp makna dia cukup dalam cukup luas. Nabi nak cerita betapa tinggnya nilai sebuah ketaatan pada seorang suami sehingga Nabi kata, andai seorang manusia boleh sujud sesama manusia, aku akan menyuruh seorang Isteri sujud pada suaminya. Ramai wanita tak tahu, andai dia taat kepada seorang suami, amal dia adalah menyamai setinggi² amal yg seorang suami buat. Ini Nabi sendiri yg bagitahu. Dan wanita, anda patut tahu. Andai anda taat pada suami, anda sudah tergolong dalam salah satu ciri² wanita jaminan Syurga Allah. Eh, betul ka ? Betul. Nabi yg cakap..

" Sekiranya seorang wanita itu solat, berpuasa, menjaga kehormatan serta taat akan suami, maka masuklah ia ke dalam syurga melalui mana² pintu yang dia sukai " ..

Wanita, kamu juga kena ingat. Suami ini, juga adalah amanah Allah untuk kamu untuk kamu jaga, untuk kamu sayangi dia seadanya kerana jeritnya dia, lelahnya dia dalam memikul tanggungjawab sebagai orang yang akan membawa kamu ke Syurga. 

Maka, apa sudi jika kiranya kamu wahai Isteri, kamu taati dia semahunya, belai dia saat dia kepenatan mencari sedikit rezki buat kamu, jadi penyejuk mata buatnya, dan dakaplah jasad dia selagi dia masih bernyawa.

Semoga coretan kecil dicatat sebagai suatu kebaikan di sisi Allah sekaligus memberi inspirasi supaya kita semua mencapai " Keluarga Raudhah, Keluarga Sakinah "

Inshaallah.