Sunday 21 October 2012

Siapa lagi kalau bukan aku ?


" Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya " - Hadis Sahih ( Muslim )




Kita ...
Punya ibu, punya ayah,
Andai kata ayah kita mati malam ini ? Andai kata ibu kita sekejap lagi bakal pergi selamanya ? Adakah kita punya ruang punya waktu utk sekurang² nya mengucup dahi mereka buatkali terakhir dan membisikkan ..

" Saya sayang ayah ! Saya sayang mak ! "

Atau hanya ada teriakan di dalam hati di saat mereka terbujur kaku di pembaringan ? Teriakan yang mendesak kita utk kecewa dengan derhakanya kita, jahatnya kita dengan mereka ?

Mak ! sy banyak buat salah dengan mak ! sy derhaka dengan mak ! Ampunkan sy mak !
Ayah ! Tolong sy ayah ! Maafkan sy ayah sbb sy selalu menyakiti ayah !

Ingat ! Andai mereka mati atau meninggal dunia tepat jam 12 tgh malam. Apa yang berlaku sewaktu 7:58, 7:59 itu adalah sangat² penting. Cuba anda tanyakan kpd diri anda sekalian ? Sejauh mana anda menjamin anda telah menjadi seorang anak yang soleh dan solehah ? Seberapa kerapkah anda mengucap sayang kepada mereka setiap hari ? Atau anda lebih kerap melontarkan ucapan ' syg bie ! cyg syg ! ' kepada kekasih anda ? Tanya ! 

Andai kata mereka meninggal dunia malam ini, atau esok atau seterusnya...
Sanggupkah anda memandikan jenazah ibu atau ayahmu ? Sanggupkah ?!
Sanggupkah anda utk mengafankan jenaza ibu mu atau ayahmu ?
Beranikah anda untuk mengimami solat jenazah ayah dan ibumu ? 
Atau kta langsung tak tahu macam mana nak urus jenazah ayah ibu kita sendiri ??!

Kononnya kita bangga dengan status akademik kita sekarang,tapi dalam pd kita kejar ilmu dunia, kdg² kita terlupa bahawa kita sedang ketinggalan jauh di belakang utk ilmu yang akan menyelamatkan kita di akhirat.
Ulama berpendapat org yang paling baik paling afdal utk menguruskan jenazah org tua adalah anaknya. Maka kalian persiapkanlah diri kalian sewajarnya..aku mohon dengan sangat . tolonglah.

Kerana sekiranya org lain yg terpaksa menguruskan jenazah org tua kita, sungguh ! Aku malu. Aku malu dengan driku. Tersangat malu. Di saat mereka mengurut keras perut ibumu yang sedang dimandikan. Di saat mereka mengikat kemas tali kafan utk ayahmu. Sungguh ! Kalau roh itu mampu berbicara, mereka sudah pasti di dalam kesakitan. Karna yg mereka inginkan adalah sentuhan lembut drpd tgn anaknya yg soleh dan solehah. Doa yang penuh mustajab oleh anaknya setelah selesai mengimami solat jenazah mereka. Di saat air mata mengalir tidak putus putus utk memohon rahmat Allah. Mustahil Allah akan mengabaikan doa itu  ! Mustahil ! Allahu yasma dua'ana.. Renungkanlah...



Umi dan abahku,
Emi berjanji, akan ku bahagiakan umi dgn abah dunia akhirat..
Emi berjanji sekiranya umi dan abah terpaksa pergi dahulu dek kerana sayangnya Allah terhadap umi dan abah.. Emi yang akan jadi org itu !Tangan emi ini yang akan mengurut lembut perut abah sewaktu dimandikan ! Tangan ini yang akan mengafankan umi dan abah! Dan jasad ini ! Jasad ini yang akan mengimami solat jenazah kalian ! Inshaallah umi abah ! Emi tersangat sangat sayangkan umi dan abah. Andai saja umi abah bisa tahu.. -

Thursday 11 October 2012

Siapa Calon Isteri Yang Baik ?


" Dinikahi perempuan kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakanlah yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan "  - Rasulullah saw

Assalamualaikum sahabak yang soleh dan solehah, saya tahu ramai di antara kita yang sedang cuba berubah utk menjadi solehah dan soleh. Cuba istiqamah dalam berjalan ke arah kebaikan. Teruskan. Anda akan mendapat ganjaran dan kemenangan. Tidak di dunia, di darul qarar. Entry ini ana nok berkongsi sikit pasai lagu mana noh ciri seorang isteri yang boleh hampa jadikan pilihan hati ? 

1. Wanita Solehah Yang Punya Agama

" Maka wanita yg solehah ialah yg taat kpd Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita² yg kamu khuatirkan nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka jgnlah kamu mencari jalan utk menyusahkan. Sunguh, Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar " - An Nisa' 34

2. Perempuan Yang Punya Rupa

Rasulullah sangat menitikberatkan soal rupa kerana ia juga merupakan faktor pengikat kasih sayang rumahtangga di samping pembinaan sebuah keluarga yang cantik di sisi Allah. Allahu jamil, wayuhibbu jamil. Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Oleh itu, memadai jika seseorang wanita itu mempunyai akhlak,agama,kesantunan dan tuturbicara yang sopan, maka itulah yang kecantikan dambaan lelaki soleh.

3. Anak Dara

Mengapa anak dara ? Kerana dari segi tutur katanya lebih lembut dan sifat malu yang ada padanya adalah sama seperti yang ada pada kebiasaan seorang perempuan yang lemah lembut. Rahim yang masih segar, dengan itu mereka lebih bersedia untuk menghasilkan zuriat yang ramai.

4. Zuriat Yang Subur

Antara tujuan berkahwin adalah utk mengembangkan zuriat. Nabi sendiri gembira akan perempuan yang mampu melahirkan ramai anak. Disebut di dalam hadis :

" Kahwinilah kamu wanita yang penyayang dan subur zuriatnya, kerana aku berbangga melihat ramai umatku di akhirat kelak " - Our Beloved Prophet Muhammad SAW

5. Keturunan Dan Status Sosial

Asal keturunan yang baik dan mulia juga menjadi salah satu kriteria dalam memilih calon isteri yang baik. Ini jelas disebut di dalam hadis yang terdahulu. Keluarga yang kuat pegangan agamanya akan melahirkan warga yang patuh dgn syariat Islam. 

6. Tiada Hubungan Kekeluargaan Yang Dekat

Di sini, adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi keturunan dan zuriat yang terdiri daripada pelbagai nasab dan keturunan. Oleh itu, Islam menggalakan kita agar memilih untuk berkahwin dengan perempuan yang tidak ada hubungan kekeluargaan yang dekat dengan kita.