Tuesday, 18 June 2013

Layakkah Pendosa Seperti Aku untuk Disayangi Allah ?

Assalamualaikum w.b.t.

Ini ceritera suatu perjalanan kehidupan. Ada orang, dia dihantui oleh dosa-dosa waktu silamnya. Ada orang yg selalu sendiri, kesunyian, dan menangis sendirian. Kenapa ? Kerana sesudah dia bertaubat, dia jatuh lagi ke dalam lubang yang sama berulang-ulang kali. Barangkali timbul suatu kata yg mungkin boleh beritahu Allah bahawasanya..

" Ya Allah, Aku sangat takut untuk berbicara soal Dosa Aku dan Keampunan Kamu. Kerana aku khuatir sekali Allah merasakan bahawasanya Taubat aku ini hanya sekadar main-main. Kenapa ? Kerana sesudah aku bertaubat, aku jatuh lagi ke dalam lubang yg sama.. "



Tapi, tahukah kita yg Baiknya Allah. Dia tahu kita selalu jatuh ke dalam lubang yang sama. Sebab itu Dia selalu buka pintu taubatNya. Allahu, baik kan Allah ? Di sini sy nak kongsi suatu Hadis Qudsi yg barangkali boleh memberi semangat kpd kita utk terus bermujahadah, bertaubat kepada Allah..

Dari Anas Bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

" Wahai anak Adam, selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkan dosa² darinya. Sekiranya dosa kamu itu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap ampunkan dan Aku tidak peduli. Wahai Adam, seandainya sepenuh ruang di antara langit dan bumi itu adalah dosa² kamu, dan engkau datang kepada aku untuk memohon keampunanKu, dan engkau tidak mensyirikkan Aku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunanKu juga seluas Langit dan bumi " ..



Allahu, aku telah tersilap. Aku menyangka bahawasanya Allah yg telah jauh dari aku. Tp sebenarnya Aku yang telah jauh, begitu jauh dari Allah.. Aku lupa, Allah selalu khabarkan aku, dan orang² lain tentang suatu perkara iaitu, " Jangan Putus Asa ! Jangan ! " . 

" Katakanlah kepada hamba² Ku yang melampaui batas, jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sungguh, Allah mengampunkan dosa² kamu semuanya. Sungguh², Allah itu maha beri ampun lagi maha sayang kamu " - Surah Az Zumar 53

" Dunia ini suatu rentetan sebuah perjalanan. Dari mana dan hendak ke mana ? Dari Allah, dan akan kembali pulang kepada Allah. Terkadang, di perjalanan ini, kita jatuh tapi Allah kata bangun. Kita rebah, tp Allah kata bangkit. Kita lemah, tp Allah kata teruskan berjalan sehingga di akhir nanti, engkau akan tersenyum apabila bertemu Aku. Jadi, teruskan berjalan wahai sahabatku yang baik. Teruskan " !

Tuesday, 2 April 2013

Hebatnya Rasulullah Kita..

Mari Selawat !
Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad..

Assalamualaikum, Alhamdulillah. Kita masih dalam jagaan Allah. Tahukah anda, Nabi kita, Nabi Muhammad saw dikurniakan dengan begitu banyak mukjizat. Jkk tanye, mukjizat tu mende ?
Mukjizat tu, kalau depinisi orang melayu, satu kebolehan luar biasa, karamah, yang Allah berikan kepada Rasulullah kita.. Jadi, di ruangan entry ini, jom kite tengok beberapa kisah, tentang Hebatnya Rasulullah Kita..

Kisah Pertama - Pohon Tamar Menangis Kerana Rasulullah

Kisah ini sangat mahsyur. Diriwayatkan suatu ketika dahulu, sewaktu Rasulullah sedang menyampaikan khutbah, dan disaksikan oleh para sahabat. Tiba-tibe, kedengaran sebatang pohon tamar yang menangis keesakan. Dalam sesetengah riwayat menyebut, bunyi pohon tamar tu menangis macam kanak² yang kehilangan ibunya. Dan sahabat² sendiri dengar tangisan pohon ini.Wah wah wah.. Mesti ade yg nak tahu, tapi bakpe pulok pohon tamar ni menangis ? Jawabnya, pohon tamar ni menangis sebab mendengar zikir Rasulullah yang tersangat merdu. Kemudian, ape yg Rasulullah buat ? Rasulullah kemudiannya, turun dari mimbar khatib itu, lalu mengusap-ngusap pohon tamar itu. Rasulullah belai dia, akhirnya baru pohon itu berhenti menangis.

Kisah Kedua - Batu dan Pokok beri salam kat Rasulullah 

Ha, kisah ni mmg sgt teruja kalau baca. Dah kalau batu dan pokok pun boleh teruja dgn Rasulullah, ape lagi kite ? Dulu, waktu Rasulullah keluar je dari rumah, mula² sekali batu dan pokok akan sapa Rasulullah dulu. Batu dan pokok kata, ' Assalamualaika Ya Rasulullah ' .. See ? Benda bukan hidup pun bagi penghormatan pada Nabi Allah kita. Ade orang tanye, eh batu dgn pokok bulih cakap ? Jawabnya, ya. Nama pun luar biasa kan.

Kisah Ketiga - Pohon Tamar berjalan ikut Rasulullah

Masa Rasulullah pergi berperang, kemudian Rasulullah dapati takde tempat nak buang air. Lalu Rasulullah tengok kiri, kanan, kemudian ada la satu tempat. Di tepi tu, ada sebuah pohon tamar. Rasulullah kata, ' wahai pohon tamar, mari ikut aku ' . Kemudian, pohon tu berjalan ikut Nabi tau. Sahabat sendiri yg tercengang tengok depan mata, uihh hebat kemain ! Sampai je dekat tempat utk buang air, Rasulullah kata dekat pohon tu ,' Lindungi aku, aku mahu buang air ' .. Pohon tamar itu pun melindungi Rasulullah. Kemudian setelah selesai, pohon tu berjalan balik ke tempat asal. Masyaallah, hebatnya Nabi kita..

Kisah Keempat - Biawak Bercakap ?

Dulu, ada seorang pengembara dari kalangan Arab Badwi. Dia membawa seekor biawak. Dia ni kafir. Dia jumpa Nabi dan bagitahu, ' kalau tak kerana kaum tu tergesa-gesa memanggilku, sudah tentu aku penggal kepala kamu ni Muhammad ' .  Kebetulan, Saidina Umar ada dekat situ. Saidina Umar ni garang, orang yang paling kuat dan garang. Abang Long kawasan tu la. Kata Saidina Umar, ya Rasulullah ! Biar aku bunuh orang ini. Kata Rasulullah sabar, lalu Rasulullah tanya kat orang itu, apakah yang membuatkan kamu ingin membunuhku ?

Jawab dia, tiada orang lain yg aku benci, selain Engkau, Muhammad. Jika biawak ini menyatakan keimanannya, barulah aku akan mempercayaimu. Kemudian, dia baling biawak tu depan Rasulullah. Rasulullah senyum sambil kata kat biawak tu, ' Hai biawak, siapakah Tuhanmu ? Jawab biawak, Allah. Tanya Rasulullah lagi, ' Dan aku ini siapa ? " . Jawab biawak, Engkau adalah kekasih Allah .. Punyer la terkejut orang tu, terbeliak mata. Katanya, " Sungguh kalau sebelum ini engkau adalah orang yang paling aku benci. Tapi sekaran, engkau adalah orang yang paling mulia . Dia nak sujud kat kaki Rasulullah. Rasulullah kata jangan. Andai manusia boleh sujud sesama manusia, aku akan suruh seorang isteri sujud pada kaki suami.

Pokpekpokpek Emi !
Subhanallah, hebatnya seorang Insan Pilihan Allah ini. Insan yang sudah pergi meninggalkan kita. Dia, Nabi Muhammad SAW.. Di ruangan entry yang seterusnya, saya akan sambung pelbagai lagi kisah tentang kehebatan Nabi Muhammad.. kite akan tengok macam mana, Rasulullah boleh tahu Dia nak wafat, Rasulullah tahu ada orang sedang diseksa dalam kubur dan banyak lagi ! 




Allahumma Solli Wa sallim a'la Saidina Muhammad ..