Thursday, 5 September 2013

Dekatnya Kita Menuju Hari Kehancuran Dunia..

Assalamualaikum shbt², semoga kalian selalu di dalam lindungan Allah. Tahukah anda, setiap hari maut sedang menjenguk kita ? Nyawa kita sedang menanti utk diratah sedahsyat dahsyatnya, dengan lebih mudah iaitu Sakaratul Maut. Oleh sebab itulah, Nabi kata mati ini kiamat kecil bagi kita. Tp kita duk tanya, dah kalau mati itu kiamat kecil, mcm mana pula dengan Kiamat yg sebenarnya ? Hari hancurnya dunia ?

Hm, nak tanya ni. Macam mana eh, gambaran keadaan pada hari itu ?

Allah cerita begitu byk gambaran kiamat di dalam Al Quran, iaitu pada hari itu gunung ganang akan bergoncang, beterbangan. Laut akan menjadi panas, kemudian melimpah bumi. Bintang² akan jatuh beguguran. Matahari akan hancur sedahsyatnya. Ketika itu, semua akan mati di dalam keadaan yg ngeri. Manusia² akan lari daripada org² yg dia sendiri sayang. Ibu akan lari tinggalkan anaknya. Isteri akan lari tinggalkan anak²nya. Wajah manusia ketika itu kebiruan kerana sangat takut. Ada yg tertunduk ke bumi. Ada yg berseri-seri. Semua manusia akan dikumpulkan untuk menghadap Allah..

Allahurobbi, ngerinya. Kemudian, bagaimana keadaan manusia ketika itu ?

Nabi cerita, pada hari Kiamat, manusia akan dibangkitkan dlm keadaan telanjang, mcm mana dia lahir, mcm tu lah dia dibangkitkan. Waktu tu, manusia akan sibuk dgn hal sendiri, memikirkan dosa² yg dah dibuat, sehingga tak ada masa nak lihat org lain. Nabi jugak cerita semua org akn berpeluh. Ada org akan tenggelam dgn peluhnya sendiri. Kemudian, manusia akan dipanggil dgn namanya sendiri. Lalu manusia demi manusia akn menghadap Allah utk ditimbang amalnya.. Nabi sendiri cerita bahwa Nabi sendiri rasa takut bila lihat manusia ditimbang amalnya oleh Allah. Kalau kebaikan melebihi kejahatan, maka dia akan selamat. Tetapi jika kejahatannya melebihi kebaikan, maka dia sendiri akan diheret utk dihumban ke NERAKA. Nauzubillah..


Ya Allah, takutnya.. mcm mana manusia disiksa di dalam Neraka ?

Di dalam Al Quran Allah sendiri yg cerita, manusia di dlm neraka itu diseksa dgn pelbagai siksaan yg ngeri. Ada manusia diberi minum dgn nanah, air yg beracun. Bila dia minum, usus dan daging² perutnya akan terburai hancur. Ada manusia cuba nak lari, tetapi dia didtgkn maut dari segenap arah, kemudian dia dhidupkn balik, lepas tu disiksa sampai mati, dan begitulah berulang²..

Sy ada dengar Hadis yg Nabi kata wanita ramai diseksa di Neraka. Bagaimana gambarannya ?

Betul. Nabi cerita ada perempuan, dia digantung rambutnya sehingga mendidih otak.Dan byk lagi gambaran azab yg Allah cerita. Ada perempuan, dia memakan badan dia sendiri. Dia gunting badan dia sendiri. Ada perempuan yg muak dia seperti anjing, ada seperti himar, keldai. Ada perempuan dia digantung lidahnya, diikat tgn nya ke blkg lalu dituangkan timar cair ke dalam tengkoraknya. Semua siksaan ini adlh krna dosa² tertentu yg telah mereka lakukan seperti berhias kpd lelaki bukan suaminya, derhaka dgn suami, suka mengumpat dan mencela dan sebagainya..

Allahurobbi... mari kita ambil pengajaran dan muhasabah daripada coretan kecil ini. Semoga menimbulkan keinsafan kepada saya terutamanya, dan semua sahabat². Belum terlambat utk pendosa semacam kita, bahkan harapan selalu ada. Nabi kata andai esok Kiamat, dan hari ini kita ada benih, maka tanam benih itu, belum terlambat..

" Andai penghuni Neraka itu diletakkan di dalam api dunia, 
nescaya mereka akan tidur nyenyak kerana kesejukan "
- Rasulullah saw










Tuesday, 18 June 2013

Layakkah Pendosa Seperti Aku untuk Disayangi Allah ?

Assalamualaikum w.b.t.

Ini ceritera suatu perjalanan kehidupan. Ada orang, dia dihantui oleh dosa-dosa waktu silamnya. Ada orang yg selalu sendiri, kesunyian, dan menangis sendirian. Kenapa ? Kerana sesudah dia bertaubat, dia jatuh lagi ke dalam lubang yang sama berulang-ulang kali. Barangkali timbul suatu kata yg mungkin boleh beritahu Allah bahawasanya..

" Ya Allah, Aku sangat takut untuk berbicara soal Dosa Aku dan Keampunan Kamu. Kerana aku khuatir sekali Allah merasakan bahawasanya Taubat aku ini hanya sekadar main-main. Kenapa ? Kerana sesudah aku bertaubat, aku jatuh lagi ke dalam lubang yg sama.. "



Tapi, tahukah kita yg Baiknya Allah. Dia tahu kita selalu jatuh ke dalam lubang yang sama. Sebab itu Dia selalu buka pintu taubatNya. Allahu, baik kan Allah ? Di sini sy nak kongsi suatu Hadis Qudsi yg barangkali boleh memberi semangat kpd kita utk terus bermujahadah, bertaubat kepada Allah..

Dari Anas Bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

" Wahai anak Adam, selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkan dosa² darinya. Sekiranya dosa kamu itu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap ampunkan dan Aku tidak peduli. Wahai Adam, seandainya sepenuh ruang di antara langit dan bumi itu adalah dosa² kamu, dan engkau datang kepada aku untuk memohon keampunanKu, dan engkau tidak mensyirikkan Aku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunanKu juga seluas Langit dan bumi " ..



Allahu, aku telah tersilap. Aku menyangka bahawasanya Allah yg telah jauh dari aku. Tp sebenarnya Aku yang telah jauh, begitu jauh dari Allah.. Aku lupa, Allah selalu khabarkan aku, dan orang² lain tentang suatu perkara iaitu, " Jangan Putus Asa ! Jangan ! " . 

" Katakanlah kepada hamba² Ku yang melampaui batas, jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sungguh, Allah mengampunkan dosa² kamu semuanya. Sungguh², Allah itu maha beri ampun lagi maha sayang kamu " - Surah Az Zumar 53

" Dunia ini suatu rentetan sebuah perjalanan. Dari mana dan hendak ke mana ? Dari Allah, dan akan kembali pulang kepada Allah. Terkadang, di perjalanan ini, kita jatuh tapi Allah kata bangun. Kita rebah, tp Allah kata bangkit. Kita lemah, tp Allah kata teruskan berjalan sehingga di akhir nanti, engkau akan tersenyum apabila bertemu Aku. Jadi, teruskan berjalan wahai sahabatku yang baik. Teruskan " !