Friday 13 September 2013

Suami Yang Baik, Dambaan Hati Seorang Isteri ?

Assalamualaikum sahabatku yang baik. Alhamdulillah hari ini kita masih di dalam jagaan Allah dan syukur pelangi ini masih lagi mampu menari di celah-celah Langit Ilahi. Suka lettuw tengok tajuk ataih sana pun dah tau ceq nak ceghita pasai nikah kawin..

Inshaallah dlm coretan kecil ini, kita tengok sikit apa tips yg Nabi habaq dekat kita tentang lagu mana nak jadi suami yg baik, dan isteri yg solehah..


Apa ciri-ciri seorang Suami yang Baik ?

" Org² mukmin yg paling sempurna keimanan mereka adalah org² yg paling baik akhlak mereka dan sebaik-baik kamu adalah yg paling baik kepada isteri mereka " ..

Kalau kita nak cerita satu² ciri² suami yg baik ni, sampai pru lagi skali pun tak abih. Tp apa kata Nabi ? Simple. Suami yg baik adalah dia yg paling baik dgn isterinya. Adapun segala ciri-ciri yg baik yg diinginkan seorang isteri itu, maka itu lah yg patut ada pada seorang yg bernama Suami..

Lelaki kena ingat, isteri ini adalah amanah Allah pada kita. Di akhir nanti, Allah akan tanya segala macam perihal bagaimana kita bawa isteri kita, ke Syurga atau ke Neraka ? 

Sebab Allah dah pesan awal² dalam Al Quran, lelaki itu pelindung bagi wanita. Jadi wajarlah jika wanita inginkan seseorang yg boleh bimbing mereka, bangunkan mereka saat mereka rebah, dakap mereka jika kepenatan, bimbing mereka andai mereka lemah, dan iringi mereka dalam perjalanan mencari Syurga Allah. 

Bagaimana pula untuk menjadi Isteri yg baik, penyejuk mata bagi suami ( Qurratun Ain ) ?

Nabi sebut dalam banyak Hadis yg menceritakan bagaimana tanggungjawab seorang Isteri buat suami. Dan dalam byk² Nabi sebut, kata kunci dia simple. TAAT. Seperti di dalam suatu Hadis Nabi sebut,

" Isteri yang solehah itu bila kamu si suami memandang akan dia, kamu akan merasa gembira. Apabila kamu menyuruh dia, dia segera mentaatinya. Dan apabila kamu tiada, dia menjaga diri dia" 

Masyaallah, simple je Nabi cakap tp makna dia cukup dalam cukup luas. Nabi nak cerita betapa tinggnya nilai sebuah ketaatan pada seorang suami sehingga Nabi kata, andai seorang manusia boleh sujud sesama manusia, aku akan menyuruh seorang Isteri sujud pada suaminya. Ramai wanita tak tahu, andai dia taat kepada seorang suami, amal dia adalah menyamai setinggi² amal yg seorang suami buat. Ini Nabi sendiri yg bagitahu. Dan wanita, anda patut tahu. Andai anda taat pada suami, anda sudah tergolong dalam salah satu ciri² wanita jaminan Syurga Allah. Eh, betul ka ? Betul. Nabi yg cakap..

" Sekiranya seorang wanita itu solat, berpuasa, menjaga kehormatan serta taat akan suami, maka masuklah ia ke dalam syurga melalui mana² pintu yang dia sukai " ..

Wanita, kamu juga kena ingat. Suami ini, juga adalah amanah Allah untuk kamu untuk kamu jaga, untuk kamu sayangi dia seadanya kerana jeritnya dia, lelahnya dia dalam memikul tanggungjawab sebagai orang yang akan membawa kamu ke Syurga. 

Maka, apa sudi jika kiranya kamu wahai Isteri, kamu taati dia semahunya, belai dia saat dia kepenatan mencari sedikit rezki buat kamu, jadi penyejuk mata buatnya, dan dakaplah jasad dia selagi dia masih bernyawa.

Semoga coretan kecil dicatat sebagai suatu kebaikan di sisi Allah sekaligus memberi inspirasi supaya kita semua mencapai " Keluarga Raudhah, Keluarga Sakinah "

Inshaallah.











No comments: