Friday, 14 September 2012

Kerinduanku Rasulullah....

Assalamualaikum ! Hehe, saje je ambe letok srikandi solehah berniqab biru sebeloh ning.. Nok bagi semangat sikit bace.. kihkihkih.. Okay entry kali ni ambe nk berkongsi sedikit sebanyok psl Sirah yg ambe pasti kite sume tahu. Tp tahu nye mase bulan pose je, mase bulan dok pose jeng teruh abih dok ingat bende. Peristiwe mende ?

 Peristiwa Perang Badar yang berlaku 17 Ramadhan di mana tentera Islam hanya seramai 313 orang dipimpin Rasulullah melawan 1000 tentera kafir pimpinan Abu Jahal laknatullah. Berbekalkan kekuatan dan semangat serta laungan Allahuakbar dan Laailahaillallah. Rasulullah dan ahli badar telah berjaya mengalahkan tentera kafir. Okey takbuh cite banyok cume nk kongsi se bende dr isi2 kuliah jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi. 


Ahli Badar adalah semulia-mulia manusia Allah letakkan sbb sanggup tinggalkan segala harta, isteri dan seluruhnya untuk menegakkan Islam. Walaupun Saidina Usma tak dapat ikut perang, kerana terpaksa merawat isterinya yg sakit, tetapi Rasulullah tetap menyenaraikan beliau sebagai ahli badar . Allah memuliakan tentera ini dan berkata," buatlah apa sahaja, Aku akan ampunkan dosa kalian. 

MasyaAllah, hebatnya mereka di sisi Allah. Pengajaran di sini ialah " waktasimu bihablillah, wala tafarroku " . Hendaklah kamu berpegang dgn tali Allah, dan jangan lah berpecah belah. Ayuh sama sama umat Islam kita jgn duk sibuk nak baloh, meh duk same sbgai satu benteng yg kuat utk Islam, tanam niat utk mati syahid walaupun kite NAKUT PAHIT !

Tuesday, 11 September 2012

Layakkah Aku Untuk Dibelai Manusia ?

Rintihan - Aku Si Kucing Kurap

Hidup ku ibarat mencari sebutir nasi yang gugur..
Untung-untung dapat bertemu dengan insan pemurah..
Pasti berbeza hariku dengan yang biasa..
Kadang pula malang menimpa bertemu dengan manusia yang angkuh..
Kalau tak diusir.. Aku dipukul...





Aku tahu aku kotor atau lebih teruk jijik..
Dan bukan niatku untuk menggangu atau membuat kacau..
Tapi terkadang kelaparan menghimpit diri...
Memaksa aku untuk meminta-minta walau secara paksa..

Tak ku pinta diri ini dipelihara..
Cukuplah sekadar rasa simpati.. 
Janganlah aku dipukul..
Kasihanilah aku...

Namun.. aku bersyukur..
Kerana masih ada insan yang prihatin..
Dan dengan alasan ini aku meneruskan hidup..
Menmpuhi dunia yang penuh dengan duri ..
Kian menusuk aku saban hari saban waktu..
Tapi aku percaya di celahannya masih ada sinar pelangi..

Walau aku hanya Si Kucing Kurap...