Friday 7 September 2012

Bersangka baiklah sahabatku..

Assalamualaikum member² gua yg baik lagi beriman. Alhamdulillah ala kulli hallin.. Hari ning Allah masih beri izin untuk gua menulis sedikit perkongsian cerita yg gua yakin mesti lu org sume pernah kene.. Serius kali ni gua tanak cerite panjang² pasal mesti memalam ni malaz ekau nak baco hah. 

Okay.. cerite ni bertajuk .. - Gua Rock Gua Beriman -


Ade la sorang remaje ni member gua . L E L A K I . Yg namenye lelaki, mestilah lasak kan ? Okay nak dijadikan cerite satu hari ni member gua ni ikut satu lawatan pergi KL & Melake. Actually member gua ni excited sgt kot nok gi lawatan. Maklumlah berape kali je buleh sapa Kole Lumpor. Oke. Die ni nak kate jentel, taklah sgt. Tapi die mmg sgt sgt suke berguran and makin someone smile. Dgn jokenye lawaknye, perwatakannye.. Bagi gua, mcm makhluk asing pun ade.. Tak meced, pasaipa ? Pasai nak kasi semua org happy dan gua yakin jauh dari sudut hati dia, dia ada satu atau mungkin seribu kesedihan yang terlindung di sebalik senyuman dia.

Okay. Dress look die ala tak nampak mcm alim langsung ! Serius. Kalau aku jadi awek, aku akan cakap, ' eleh laki ni same je macam laki laen ! Bukan lelaki yg baik. But siapa kita kan nak menilai manusia di saat Allah setia melihat hari hari manusia bekerja sebagai hamba. Dlm pade die nih bercakap, bergurau, bermain dan segale jenih ber lagi ah, akan ade je org yg mencemuh die, menegur bukan pade carenye kt die ni. Aku sendiri tak tahu mcm mana die rase. Kdg2 aku juge lihat die sendirian, termenung. Barangkali memikirkan org yg selalu menjatuhkan die walaupun org tak tahu niat dia.

Allah maha Hebat, Maha Tinggi.. Allah punya kuasa nak tunjuk kan betapa silapnya penilaian manusia ini. Dont judge a book by its cover . Bahkan dalam Quran sebut Allah jadikan manusia itu bermacam macam adalah untuk kita saling berkenal kenal antara satu sama lain. Bukan menjatuhkan sesama sendiri. Nak dijadikan cerite, bas yang dinaiki ni berhenti pada satu persinggahan utk solat dan makan. Remaje tadi ni memulakan langkahnya dengan doa..

' Allahumma jaalna minna naajihin, wa amaluna amalan solihin, wa ibadana ibadan mukhlisin, wa zunubana zunuban musta'firin ' ...

 Pada solat magrib dan isyak itu, dia memberanikan diri untuk menjadi imam walaupun dia tahu dia bukan org yg baik, ada kisah silam sendiri, asal org jahat, tapi at least dia cuba utk jadi baik kerna org yg masuk syugra itu dengan mcm² cara. Ada yg senyum, ada dengan perang, ada dengan mendekati hadiqotul jannah. Mungkin kelebihan yg Allah beri kepada remaje ni, dia boleh mengalunkan alunan al-quran dengan indah sekali. Merdu sekali alis alis irama surah Al mulk bacaannya pd malam itu. Mungkin kerna itulah melembutkan hati para pencemuh para penilai yang bijaksana utk mencari cari siapa yg menjadi imam pada malam itu.

Selesai, waktu makan. Seorang wanita bertanya kepada sekumpulan remaja yg menjadi makmum itu tadi. ' Sape imam tadi ? ' Jawab seorang lelaki, ' dia ! ' .. lalu menunjukkan ke arah remaja itu. Dengan sayu sekali wanita tadi berkata , ' Ya Allah sejuknya hati akak... tak sangka pulak awak yang jadi imam.. sedap bacaan awk sambil berseloroh nak bertanya dah ada orang ke belum ? Wanita itu memandang dari atas sampai bawah lelaki itu. Pakaiannya ala ala rockers.. seluar ketat, baju tshirt. Rambut pun kusut masai. Lelaki baik ke ? Ye. bukan lelaki baik, tapi cuba jadi baik kerna itu yg terbaik. Sebaliknya org yg jahat adalah yg merasakan diri dia baik.  Allah maha adil kan ? satu kelebihan lah buat remaja ini kerana suaranya mampu melembutkan hari manusia utk mendampingi Allah dan Al Quran.. 

Moralnye, ' la yaskhor kaumun min kaumin asaa an yakuna khairan minhum ' ..Maksudnye, janganlah kamu mencela sesuatu kaum itu, kerana barangkali mereka yang dicela itu lebih baik daripada kamu. Ada lagi satu ayat mafhumnya,' jangan lah kamu bersangka buruk. Kerana separuh daripada sangkaan kamu itu adalah daripada hasutan jin'. So, mari kita ambil sebagai renungan... setiap org dikurniakan kelebihan dan kekurangan yang sama adil daripada Allah.. Yang menjadi bezanya kita sendiri. amal kita, mentaliti kita. So beringat termasuk aku, lepas lepas ni.. jangan bersangka buruk pada org... semua org baik. tapi kita sendiri bukan org yg baik yapi cuba untuk jadi baik.. 


" Robbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrota a'yun
waja'alna lilmuttakina imaama.... "

- Sang pengejar pelangi srikandi solehah..-

No comments: