Thursday 11 October 2012

Siapa Calon Isteri Yang Baik ?


" Dinikahi perempuan kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakanlah yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan "  - Rasulullah saw

Assalamualaikum sahabak yang soleh dan solehah, saya tahu ramai di antara kita yang sedang cuba berubah utk menjadi solehah dan soleh. Cuba istiqamah dalam berjalan ke arah kebaikan. Teruskan. Anda akan mendapat ganjaran dan kemenangan. Tidak di dunia, di darul qarar. Entry ini ana nok berkongsi sikit pasai lagu mana noh ciri seorang isteri yang boleh hampa jadikan pilihan hati ? 

1. Wanita Solehah Yang Punya Agama

" Maka wanita yg solehah ialah yg taat kpd Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita² yg kamu khuatirkan nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka jgnlah kamu mencari jalan utk menyusahkan. Sunguh, Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar " - An Nisa' 34

2. Perempuan Yang Punya Rupa

Rasulullah sangat menitikberatkan soal rupa kerana ia juga merupakan faktor pengikat kasih sayang rumahtangga di samping pembinaan sebuah keluarga yang cantik di sisi Allah. Allahu jamil, wayuhibbu jamil. Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Oleh itu, memadai jika seseorang wanita itu mempunyai akhlak,agama,kesantunan dan tuturbicara yang sopan, maka itulah yang kecantikan dambaan lelaki soleh.

3. Anak Dara

Mengapa anak dara ? Kerana dari segi tutur katanya lebih lembut dan sifat malu yang ada padanya adalah sama seperti yang ada pada kebiasaan seorang perempuan yang lemah lembut. Rahim yang masih segar, dengan itu mereka lebih bersedia untuk menghasilkan zuriat yang ramai.

4. Zuriat Yang Subur

Antara tujuan berkahwin adalah utk mengembangkan zuriat. Nabi sendiri gembira akan perempuan yang mampu melahirkan ramai anak. Disebut di dalam hadis :

" Kahwinilah kamu wanita yang penyayang dan subur zuriatnya, kerana aku berbangga melihat ramai umatku di akhirat kelak " - Our Beloved Prophet Muhammad SAW

5. Keturunan Dan Status Sosial

Asal keturunan yang baik dan mulia juga menjadi salah satu kriteria dalam memilih calon isteri yang baik. Ini jelas disebut di dalam hadis yang terdahulu. Keluarga yang kuat pegangan agamanya akan melahirkan warga yang patuh dgn syariat Islam. 

6. Tiada Hubungan Kekeluargaan Yang Dekat

Di sini, adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi keturunan dan zuriat yang terdiri daripada pelbagai nasab dan keturunan. Oleh itu, Islam menggalakan kita agar memilih untuk berkahwin dengan perempuan yang tidak ada hubungan kekeluargaan yang dekat dengan kita.








No comments: