Wednesday, 3 February 2016

Kelebihan Melazimi Amalan Membaca Surah Al Mulk Sebelum Tidur

Assalamualaikum wbt. Last aku update blog pelangimenari ni adalah September 2013, iaitu 3 tahun lepas. Fuh, boleh tahang lame bejamang dok sentuh blog. Alhamdulillah, 3 tahun dah Allah sambung lg nyawa ni. Sikit masa lagi, mati lah aku. Dakpelah, asal boleh tulis apa yg baik walaupun aku bukan orang baik, dan In Shaa Allah tumpang-tumpang pahala sbb Nabi sebut brg siapa menunjuki kpd org lain jalan kebaikan, maka dia dapat pahala seperti mana org yg mengerjakannya.


Terus pd point je.
Tengok dan tilik lah gambar di bawah. 
Bukti Allah pertontonkan kpd kita, 
Akan adanya azab & siksa kubur.





Point seterusnya.

Aku peringat tetiap malam kat diri aku supaya baca Al Mulk, kemudian ingatkan orang lain. Takdok ape yg terlintas melainkan aku takut dgn nasib aku sendiri kekgi dalam kubur, dan aku nk tgk jugak org lain selamat kekgi dalam kubur, mudah mudahan same same dgn aku sekali.

Doh Bakpe Kene Amal Baca Al Mulk setiap malam sebelum tidur ?

Nok senang faham, gini je. Surah Al Mulk ni akan selamatkan kita dari azab kubur. Bile kite mati, itu menandakan dah terpisahnye kite drpd dunie. Makne kate, takdok kesempatan dah nk beramal, bertaubat dan bowok bekal. Bile org pikul kite, letok dlm lubang kubur maka mule-mule kite akan didatangi Mungkar dan Nakir.  Bulih jawab, Alhamdulillah. Dok bulih jawab, bulih sakit lah. Sbb tu Nabi sebut siapa yg selamat persinggahan pertama yakni alam barzakh, atau alam kubur, maka akan dimudahkan baginya persinggahan seterusnya yakni alam akhirat.



Nabi kate, kalau manusie ni tahu azab dan penderitaan org yg tgh kene sekse dalam kubur, maka takdok sorang manusie pun akan tidur dengan lena. Nabi kabo lagi, kalu tidak kerana aku khuatir manusie ni tak akan berani nok sentuh nok urus mayat sebab terlalu takut, nescaya aku berdoa kpd Allah supaya Allah perdengarkan suara jeritan azab kubur kpd manusia. Allahurobbi, aku takut bab ni sungguh pun sbb Sayyidina Umar sendiri pun nangih basoh janggut bile cerite bab kubur. 

Sahabat tanya dia, hei Umar bakpe mu nangih kalu cakak pasal kubur. Mu pernoh jugok cakak pasal neraka, tp dok nangih macam ni pun ? Jawab Umar,

" Sebab aku pernah dengor Nabi kata tidak ada penderitaan dan pemandangan yang lebih menakutkan pernah aku lihat melainkan pemandangan azab dalam kubur "

Sahabatku yg baik. Surah Al Mulk ni 2 muke setengoh je. 30 ayat je, dok sapa 10 minit pun bace. Ape kate, kite bace dlu slow. Bile dah terbiase, lame lame kekgi jadi mcm dok kene selagi dok bace Al Mulk sebelum tidur. Percayalah sahabatku yg baik. Pgg sungguh-sungguh dgn ape yg Allah janji, org beramal dgn Surah ni, In Shaa Allah die selamat dalam kubur kekgi.

Assalamualaikum wbt.






Friday, 13 September 2013

Suami Yang Baik, Dambaan Hati Seorang Isteri ?

Assalamualaikum sahabatku yang baik. Alhamdulillah hari ini kita masih di dalam jagaan Allah dan syukur pelangi ini masih lagi mampu menari di celah-celah Langit Ilahi. Suka lettuw tengok tajuk ataih sana pun dah tau ceq nak ceghita pasai nikah kawin..

Inshaallah dlm coretan kecil ini, kita tengok sikit apa tips yg Nabi habaq dekat kita tentang lagu mana nak jadi suami yg baik, dan isteri yg solehah..


Apa ciri-ciri seorang Suami yang Baik ?

" Org² mukmin yg paling sempurna keimanan mereka adalah org² yg paling baik akhlak mereka dan sebaik-baik kamu adalah yg paling baik kepada isteri mereka " ..

Kalau kita nak cerita satu² ciri² suami yg baik ni, sampai pru lagi skali pun tak abih. Tp apa kata Nabi ? Simple. Suami yg baik adalah dia yg paling baik dgn isterinya. Adapun segala ciri-ciri yg baik yg diinginkan seorang isteri itu, maka itu lah yg patut ada pada seorang yg bernama Suami..

Lelaki kena ingat, isteri ini adalah amanah Allah pada kita. Di akhir nanti, Allah akan tanya segala macam perihal bagaimana kita bawa isteri kita, ke Syurga atau ke Neraka ? 

Sebab Allah dah pesan awal² dalam Al Quran, lelaki itu pelindung bagi wanita. Jadi wajarlah jika wanita inginkan seseorang yg boleh bimbing mereka, bangunkan mereka saat mereka rebah, dakap mereka jika kepenatan, bimbing mereka andai mereka lemah, dan iringi mereka dalam perjalanan mencari Syurga Allah. 

Bagaimana pula untuk menjadi Isteri yg baik, penyejuk mata bagi suami ( Qurratun Ain ) ?

Nabi sebut dalam banyak Hadis yg menceritakan bagaimana tanggungjawab seorang Isteri buat suami. Dan dalam byk² Nabi sebut, kata kunci dia simple. TAAT. Seperti di dalam suatu Hadis Nabi sebut,

" Isteri yang solehah itu bila kamu si suami memandang akan dia, kamu akan merasa gembira. Apabila kamu menyuruh dia, dia segera mentaatinya. Dan apabila kamu tiada, dia menjaga diri dia" 

Masyaallah, simple je Nabi cakap tp makna dia cukup dalam cukup luas. Nabi nak cerita betapa tinggnya nilai sebuah ketaatan pada seorang suami sehingga Nabi kata, andai seorang manusia boleh sujud sesama manusia, aku akan menyuruh seorang Isteri sujud pada suaminya. Ramai wanita tak tahu, andai dia taat kepada seorang suami, amal dia adalah menyamai setinggi² amal yg seorang suami buat. Ini Nabi sendiri yg bagitahu. Dan wanita, anda patut tahu. Andai anda taat pada suami, anda sudah tergolong dalam salah satu ciri² wanita jaminan Syurga Allah. Eh, betul ka ? Betul. Nabi yg cakap..

" Sekiranya seorang wanita itu solat, berpuasa, menjaga kehormatan serta taat akan suami, maka masuklah ia ke dalam syurga melalui mana² pintu yang dia sukai " ..

Wanita, kamu juga kena ingat. Suami ini, juga adalah amanah Allah untuk kamu untuk kamu jaga, untuk kamu sayangi dia seadanya kerana jeritnya dia, lelahnya dia dalam memikul tanggungjawab sebagai orang yang akan membawa kamu ke Syurga. 

Maka, apa sudi jika kiranya kamu wahai Isteri, kamu taati dia semahunya, belai dia saat dia kepenatan mencari sedikit rezki buat kamu, jadi penyejuk mata buatnya, dan dakaplah jasad dia selagi dia masih bernyawa.

Semoga coretan kecil dicatat sebagai suatu kebaikan di sisi Allah sekaligus memberi inspirasi supaya kita semua mencapai " Keluarga Raudhah, Keluarga Sakinah "

Inshaallah.











Thursday, 5 September 2013

Dekatnya Kita Menuju Hari Kehancuran Dunia..

Assalamualaikum shbt², semoga kalian selalu di dalam lindungan Allah. Tahukah anda, setiap hari maut sedang menjenguk kita ? Nyawa kita sedang menanti utk diratah sedahsyat dahsyatnya, dengan lebih mudah iaitu Sakaratul Maut. Oleh sebab itulah, Nabi kata mati ini kiamat kecil bagi kita. Tp kita duk tanya, dah kalau mati itu kiamat kecil, mcm mana pula dengan Kiamat yg sebenarnya ? Hari hancurnya dunia ?

Hm, nak tanya ni. Macam mana eh, gambaran keadaan pada hari itu ?

Allah cerita begitu byk gambaran kiamat di dalam Al Quran, iaitu pada hari itu gunung ganang akan bergoncang, beterbangan. Laut akan menjadi panas, kemudian melimpah bumi. Bintang² akan jatuh beguguran. Matahari akan hancur sedahsyatnya. Ketika itu, semua akan mati di dalam keadaan yg ngeri. Manusia² akan lari daripada org² yg dia sendiri sayang. Ibu akan lari tinggalkan anaknya. Isteri akan lari tinggalkan anak²nya. Wajah manusia ketika itu kebiruan kerana sangat takut. Ada yg tertunduk ke bumi. Ada yg berseri-seri. Semua manusia akan dikumpulkan untuk menghadap Allah..

Allahurobbi, ngerinya. Kemudian, bagaimana keadaan manusia ketika itu ?

Nabi cerita, pada hari Kiamat, manusia akan dibangkitkan dlm keadaan telanjang, mcm mana dia lahir, mcm tu lah dia dibangkitkan. Waktu tu, manusia akan sibuk dgn hal sendiri, memikirkan dosa² yg dah dibuat, sehingga tak ada masa nak lihat org lain. Nabi jugak cerita semua org akn berpeluh. Ada org akan tenggelam dgn peluhnya sendiri. Kemudian, manusia akan dipanggil dgn namanya sendiri. Lalu manusia demi manusia akn menghadap Allah utk ditimbang amalnya.. Nabi sendiri cerita bahwa Nabi sendiri rasa takut bila lihat manusia ditimbang amalnya oleh Allah. Kalau kebaikan melebihi kejahatan, maka dia akan selamat. Tetapi jika kejahatannya melebihi kebaikan, maka dia sendiri akan diheret utk dihumban ke NERAKA. Nauzubillah..


Ya Allah, takutnya.. mcm mana manusia disiksa di dalam Neraka ?

Di dalam Al Quran Allah sendiri yg cerita, manusia di dlm neraka itu diseksa dgn pelbagai siksaan yg ngeri. Ada manusia diberi minum dgn nanah, air yg beracun. Bila dia minum, usus dan daging² perutnya akan terburai hancur. Ada manusia cuba nak lari, tetapi dia didtgkn maut dari segenap arah, kemudian dia dhidupkn balik, lepas tu disiksa sampai mati, dan begitulah berulang²..

Sy ada dengar Hadis yg Nabi kata wanita ramai diseksa di Neraka. Bagaimana gambarannya ?

Betul. Nabi cerita ada perempuan, dia digantung rambutnya sehingga mendidih otak.Dan byk lagi gambaran azab yg Allah cerita. Ada perempuan, dia memakan badan dia sendiri. Dia gunting badan dia sendiri. Ada perempuan yg muak dia seperti anjing, ada seperti himar, keldai. Ada perempuan dia digantung lidahnya, diikat tgn nya ke blkg lalu dituangkan timar cair ke dalam tengkoraknya. Semua siksaan ini adlh krna dosa² tertentu yg telah mereka lakukan seperti berhias kpd lelaki bukan suaminya, derhaka dgn suami, suka mengumpat dan mencela dan sebagainya..

Allahurobbi... mari kita ambil pengajaran dan muhasabah daripada coretan kecil ini. Semoga menimbulkan keinsafan kepada saya terutamanya, dan semua sahabat². Belum terlambat utk pendosa semacam kita, bahkan harapan selalu ada. Nabi kata andai esok Kiamat, dan hari ini kita ada benih, maka tanam benih itu, belum terlambat..

" Andai penghuni Neraka itu diletakkan di dalam api dunia, 
nescaya mereka akan tidur nyenyak kerana kesejukan "
- Rasulullah saw










Tuesday, 18 June 2013

Layakkah Pendosa Seperti Aku untuk Disayangi Allah ?

Assalamualaikum w.b.t.

Ini ceritera suatu perjalanan kehidupan. Ada orang, dia dihantui oleh dosa-dosa waktu silamnya. Ada orang yg selalu sendiri, kesunyian, dan menangis sendirian. Kenapa ? Kerana sesudah dia bertaubat, dia jatuh lagi ke dalam lubang yang sama berulang-ulang kali. Barangkali timbul suatu kata yg mungkin boleh beritahu Allah bahawasanya..

" Ya Allah, Aku sangat takut untuk berbicara soal Dosa Aku dan Keampunan Kamu. Kerana aku khuatir sekali Allah merasakan bahawasanya Taubat aku ini hanya sekadar main-main. Kenapa ? Kerana sesudah aku bertaubat, aku jatuh lagi ke dalam lubang yg sama.. "



Tapi, tahukah kita yg Baiknya Allah. Dia tahu kita selalu jatuh ke dalam lubang yang sama. Sebab itu Dia selalu buka pintu taubatNya. Allahu, baik kan Allah ? Di sini sy nak kongsi suatu Hadis Qudsi yg barangkali boleh memberi semangat kpd kita utk terus bermujahadah, bertaubat kepada Allah..

Dari Anas Bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

" Wahai anak Adam, selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkan dosa² darinya. Sekiranya dosa kamu itu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap ampunkan dan Aku tidak peduli. Wahai Adam, seandainya sepenuh ruang di antara langit dan bumi itu adalah dosa² kamu, dan engkau datang kepada aku untuk memohon keampunanKu, dan engkau tidak mensyirikkan Aku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunanKu juga seluas Langit dan bumi " ..



Allahu, aku telah tersilap. Aku menyangka bahawasanya Allah yg telah jauh dari aku. Tp sebenarnya Aku yang telah jauh, begitu jauh dari Allah.. Aku lupa, Allah selalu khabarkan aku, dan orang² lain tentang suatu perkara iaitu, " Jangan Putus Asa ! Jangan ! " . 

" Katakanlah kepada hamba² Ku yang melampaui batas, jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sungguh, Allah mengampunkan dosa² kamu semuanya. Sungguh², Allah itu maha beri ampun lagi maha sayang kamu " - Surah Az Zumar 53

" Dunia ini suatu rentetan sebuah perjalanan. Dari mana dan hendak ke mana ? Dari Allah, dan akan kembali pulang kepada Allah. Terkadang, di perjalanan ini, kita jatuh tapi Allah kata bangun. Kita rebah, tp Allah kata bangkit. Kita lemah, tp Allah kata teruskan berjalan sehingga di akhir nanti, engkau akan tersenyum apabila bertemu Aku. Jadi, teruskan berjalan wahai sahabatku yang baik. Teruskan " !

Tuesday, 2 April 2013

Hebatnya Rasulullah Kita..

Mari Selawat !
Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad..

Assalamualaikum, Alhamdulillah. Kita masih dalam jagaan Allah. Tahukah anda, Nabi kita, Nabi Muhammad saw dikurniakan dengan begitu banyak mukjizat. Jkk tanye, mukjizat tu mende ?
Mukjizat tu, kalau depinisi orang melayu, satu kebolehan luar biasa, karamah, yang Allah berikan kepada Rasulullah kita.. Jadi, di ruangan entry ini, jom kite tengok beberapa kisah, tentang Hebatnya Rasulullah Kita..

Kisah Pertama - Pohon Tamar Menangis Kerana Rasulullah

Kisah ini sangat mahsyur. Diriwayatkan suatu ketika dahulu, sewaktu Rasulullah sedang menyampaikan khutbah, dan disaksikan oleh para sahabat. Tiba-tibe, kedengaran sebatang pohon tamar yang menangis keesakan. Dalam sesetengah riwayat menyebut, bunyi pohon tamar tu menangis macam kanak² yang kehilangan ibunya. Dan sahabat² sendiri dengar tangisan pohon ini.Wah wah wah.. Mesti ade yg nak tahu, tapi bakpe pulok pohon tamar ni menangis ? Jawabnya, pohon tamar ni menangis sebab mendengar zikir Rasulullah yang tersangat merdu. Kemudian, ape yg Rasulullah buat ? Rasulullah kemudiannya, turun dari mimbar khatib itu, lalu mengusap-ngusap pohon tamar itu. Rasulullah belai dia, akhirnya baru pohon itu berhenti menangis.

Kisah Kedua - Batu dan Pokok beri salam kat Rasulullah 

Ha, kisah ni mmg sgt teruja kalau baca. Dah kalau batu dan pokok pun boleh teruja dgn Rasulullah, ape lagi kite ? Dulu, waktu Rasulullah keluar je dari rumah, mula² sekali batu dan pokok akan sapa Rasulullah dulu. Batu dan pokok kata, ' Assalamualaika Ya Rasulullah ' .. See ? Benda bukan hidup pun bagi penghormatan pada Nabi Allah kita. Ade orang tanye, eh batu dgn pokok bulih cakap ? Jawabnya, ya. Nama pun luar biasa kan.

Kisah Ketiga - Pohon Tamar berjalan ikut Rasulullah

Masa Rasulullah pergi berperang, kemudian Rasulullah dapati takde tempat nak buang air. Lalu Rasulullah tengok kiri, kanan, kemudian ada la satu tempat. Di tepi tu, ada sebuah pohon tamar. Rasulullah kata, ' wahai pohon tamar, mari ikut aku ' . Kemudian, pohon tu berjalan ikut Nabi tau. Sahabat sendiri yg tercengang tengok depan mata, uihh hebat kemain ! Sampai je dekat tempat utk buang air, Rasulullah kata dekat pohon tu ,' Lindungi aku, aku mahu buang air ' .. Pohon tamar itu pun melindungi Rasulullah. Kemudian setelah selesai, pohon tu berjalan balik ke tempat asal. Masyaallah, hebatnya Nabi kita..

Kisah Keempat - Biawak Bercakap ?

Dulu, ada seorang pengembara dari kalangan Arab Badwi. Dia membawa seekor biawak. Dia ni kafir. Dia jumpa Nabi dan bagitahu, ' kalau tak kerana kaum tu tergesa-gesa memanggilku, sudah tentu aku penggal kepala kamu ni Muhammad ' .  Kebetulan, Saidina Umar ada dekat situ. Saidina Umar ni garang, orang yang paling kuat dan garang. Abang Long kawasan tu la. Kata Saidina Umar, ya Rasulullah ! Biar aku bunuh orang ini. Kata Rasulullah sabar, lalu Rasulullah tanya kat orang itu, apakah yang membuatkan kamu ingin membunuhku ?

Jawab dia, tiada orang lain yg aku benci, selain Engkau, Muhammad. Jika biawak ini menyatakan keimanannya, barulah aku akan mempercayaimu. Kemudian, dia baling biawak tu depan Rasulullah. Rasulullah senyum sambil kata kat biawak tu, ' Hai biawak, siapakah Tuhanmu ? Jawab biawak, Allah. Tanya Rasulullah lagi, ' Dan aku ini siapa ? " . Jawab biawak, Engkau adalah kekasih Allah .. Punyer la terkejut orang tu, terbeliak mata. Katanya, " Sungguh kalau sebelum ini engkau adalah orang yang paling aku benci. Tapi sekaran, engkau adalah orang yang paling mulia . Dia nak sujud kat kaki Rasulullah. Rasulullah kata jangan. Andai manusia boleh sujud sesama manusia, aku akan suruh seorang isteri sujud pada kaki suami.

Pokpekpokpek Emi !
Subhanallah, hebatnya seorang Insan Pilihan Allah ini. Insan yang sudah pergi meninggalkan kita. Dia, Nabi Muhammad SAW.. Di ruangan entry yang seterusnya, saya akan sambung pelbagai lagi kisah tentang kehebatan Nabi Muhammad.. kite akan tengok macam mana, Rasulullah boleh tahu Dia nak wafat, Rasulullah tahu ada orang sedang diseksa dalam kubur dan banyak lagi ! 




Allahumma Solli Wa sallim a'la Saidina Muhammad .. 

Tuesday, 12 February 2013

Jodoh Dari Allah awesome !


Assalamualaikum..takboh cakak banyok ah nop strek tu de pooing.. ambe nok cakak pasal Jodoh Dari Allah.. Pasal bercinte lepah kawin  haa geletak sorang² nok bace bab kawen ae .. Dakpe , dok saloh.. kalu hok kecik lagi kite tamboh sebagai ilmu.. hok brase koya tgoh sedak bercinte, buleh silau² doh mane baik mane buruk.. 

Indahnya kalu kite tahu kan sape jodoh yang ditetapkan oleh Allah kpd kite.. kalau la kite tahu sume tu , takkan ade fitrah cinta yg hadir dr dalam hati manusia atah muke bumi ni.. Fitrah lelaki suke perempuan , fitrah perempuan juga suke lelaki..  tp yg masalahnye skrg ni fitrah berkasih syg sesama manusia tu kite dah salah gunekan sapa langgor batasan syarok oleh Islam. knp jadi gtu dik ?

Bia pun rama org kbo cinte sblum kawin ni suwit muit pijok semut dok mati , tp hakikatnye rama doh di kalangan al syabab  , atau pemuda pemuda yg terjerumus ke kancah zina. Betul lah kata ulamak  :

" Cinta sebelum kawin melahirkan ramai penzina , tetapi cinta selepas kawin melahirkan ramai pencinta ilal jannah <3" ..

As Syahid Imam Hassan Al Banna kate ape ?
 " Andai kamu berkawan berpuluh-puluh tahun sekalipun, kami tidak akan mengenali pasanganmu melainkan lakonannya "

Cinte sebelom kawin ni cinte nafsu , hok mari dalam ati tu , hok setan duk hasut sopmo tu .. " sentuhla , peluklah, call lah , rindu la " ..korok kering ye ! Ace tanye setan tu, "Setan , mu ade gepereng bopereng ke? Mu berani jamin ke imam di dade mu tu kuat sampai dok akan cube untuk menghampiri zina tatkala nafsu di dalam jiwa meronta-ronta inginkan keseronokan ? Sahabat.. ingat .. tiada jaminan kite utk kate bahawe , " Org ego mesti akan kate, ' eleh, aku couple pun bukan aku buat bende tak elok ! ' . Sejauh mana anda yakin yg iman anda cukup kuat utk dihasut syaitan supaye buat bende yg Allah murka ? Lainlah Rasulullah....

" Demi Allah , tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat berbai'ah ( janji setia pada pemimpim ) Hadis Bukhari drpd - Aisya RadhiAllah Anha.."


"Wala Takrobu Zina , Jangan Engkau Menghampiri Akan Zina " - Al Isra 32

Awak, kan Allah dan janji ?
" Lelaki yang baik untuk perempuan yg baik , dan sebaliknya " .. Haa , pegang lah janji itu molek² , sbb Allah dok mungkir janji . Bagi yang tgh " syok " dilanda cinta asmara ombak rindu bak setia hujung nyawa lah sgt tu. Fikirk balek .. Nabi kate kawen ni bukan pasal kite couple sweet² lame², pastu org bising kite pun nikoh.. dok.. tapi kawin ni soal , kita berkenan dengan siapa  ? - UAI

Seorang sahabat berkata kpd Nabi , 'aku suka dgn seseorang' . Nabi dok maroh pun. Maka Nabi pun menjawab , jumpa lah dengan keluarganya , dan merisik .. Di sini nok royak berinye , comel molek doh nape hok Islam galokkan tu.. Perkhawinan tu asalnye melalui taaruf , bila dah taaruf dari mata jatuh ke hati .. x kesah jika org yg diinginkan itu mempunyai kekurangan kerana Allah dah tetapkan bila jodoh yg dia kasi , akan SALING MELENGKAPI antara satu sama lain.. Insyaallah ..

Be a Man
Dont Approach Her,
Approach Her Wali, berani?

Untuk itu, penting skrg kite ni cube uboh diri kite dulu. Kalu hok laki, tanye diri tu, aku ni boleh jadi imam kpd zaujah aku ke kalau org smyg zohor aku baru nak qada subuh ? Kalau perempuan, sejauh mana anda menjaga diri anda ? Atau sekarang gambar yg anda post sehari dekat 10 kali menjadi tatapan nafsu berahi lelaki ajnabi ? Jaga lah diri anda dan Allah akan menjaga anda. Mcm mne Allah akan jage awak tu ?

Jawabnye Allah akan anugerahkan seorang lelaki yang cinta dekat Allah, untuk cintakan Awak. Dan untuk awak dan dia sama² jadi pencinta Jannah <3 Barakallahu fikum.. Assalamualaikum

Tuesday, 18 December 2012

Jangan Risau..Allah Kan Baik ?

Assalamualaikum ! Fuh.. bulih tahang lame jugok kite dok nulih sini. Awok² sehak belake dok, Alhamdulillah ala kulli halin.. Inna haza larizkuna ma lahu min nafad..
Hari ning, terdetik dekat celoh side mirror hati kite nok menulih pasal kasihnya Allah, baiknya Allah, sayangnya Allah dekat kita.. Tajok entry aku dok brape panda nok bui tp lebih kurang gini ah..

" Mu buat dose ? Sengaje ? Allah ampun. Banyok ? Allah ampun. Berulang kali ? Allah ampun, Allah ampun Allah ampun "



Kite yakin, anda semua termasuk sy penoh melampaui batas op ? Pernah berbuat kerosakan atas muke bumi, pernoh menzalimi diri sendiri. Atau dgn kate yg senang, kite ni buat DOSE sopmo dok ? Kdg² buat dose, mitok taubat. Buat lagi. Buat lagi. Mitok taubat.. Dan seterusnya.. Kdg² kite tipu mok ayoh kite, kdg² kite igt kite pernoh wt sakit ati member kite, kdg².. eh ni bukan kdg².. ni hok sopmo, kite tgok atau tertengok atau sengaje tgok bende yg haram. Tapi nok kbo beri se, kalau anda bijaksana, anda cube kira berapa kerapkah tertulis dalam Al Quran.. " Allah Maha Pengampun " .. ? Dakyoh kire ! Pasal tak terkire..

" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang² yg bertaqwa " - Ali Imran 133

Coppppp ! Ade lagiii.... selang satu ayat Allah sambung lagiiii .. Check it out !

" Dan juga org² yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, lalu dia segera mengingati Allah,lalu memohon ampunan atas dosa² nya, dan siapa lagi yang akan mengampunkan dosa² selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan itu sedang mereka mengetahui " 
- Ali Imran 135

Aku teringat kate² Ustaz Azhar Idrus di Surau Al Iman Losong, Uai kate mu buat dose byk mane pun, walau sengaje, walau penoh 3 kontena, walau mu berzina dgn 1 ribu orang puan, walau mu berjudi sapa nok mapuh pun, Allah tetap akan ampun dose mu, asal mu mitok taubat. Ya Allah, Baiknye Allah dekat kite.. Uai sambil berseloroh, kalu mu berzina pun, lepas dr mu berzina, timbul rase takut akan azab Allah, lalu mu mitok taubat situ jugok dalam keadaan zip sluor mu pun dok kacing lagi, Allah ampun. Jangan risau jangan bimbang. Psl maksud ' Al Ghofur ' ni bukan pengampun. Tapi sangat sangat sangat pengampun. Teruskanlah mitok taubat wahai kawan², termasuk aku ni.

Ye. Mmg kdg² kite rse ya Allah.. putus ase nye, kite ulang dose yg same, dlm hati kite timbul rse takut. Takut nape ? Takut Allah abaikan taubat kite, dok ampunkan dose kite. Hey guys ! Kan Allah kate doh, sesungguhnye Aku bersame dgn sangkaan hambe Aku ? Kalau kite bersangka baik dgn Allah.. ya makanya ga perlu dikhuatirin deh. Dosa kamu pasti diampun kei gimana sekalipun.. Yang penting Allah itu butuh perhatian dari kamu, Allah itu butuh rintihan dari kamu, Ingat ! Allah mengira setiap titisan kesalan air mata anda yg mengalir kerana takutkan azab Allah.. 

Teruskanlah menangis, merintih dengan Allah. Kerana Allah selalu dengaq kita. Anytime, 3 4 pagi ? Allah setiap masa temani kita.Hiburkan kita. Bila lagi nak deting dengan Allah ? kan.... pesan aku, teruskan berjalan dalam kegelapan malam utk mencari tiket utk balik ke kampung halaman kita, kampung Allah iaitu SYURGA..

Allah pun sedang bagi semangat dekat kita, nak tahu apa Allah kata ? Nih........

" Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang " - Az Zumar 53




So, senyumlah. Jangan risau. Senyum senyum.. Dan jadi lah semut yang berjalan sendirian di celah celah kegelapan malam .. Jangan pernah berhenti mencari Allah... Assalamualaikum...

Saturday, 24 November 2012

Perginya Kekasih Allah Meninggalkan Kita...



DETIK-DETIK WAFATNYA NABI MUHAMMAD SAW 

Sebelum malaikat Izrail diperintah Allah SWT untuk mencabut nyawa Nabi Muhammad SAW, Allah SWT berpesan kepada malaikat Jibril. “Hai Jibril, jika kekasih-Ku menolaknya, laranglah Izrail melakukan tugasnya!” Sungguh berharganya manusia yang satu ini yang tidak lain adalah Nabi Muhammad SAW.

Di rumah Nabi Muhammad SAW, Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk sambil berkata, “Maafkanlah, ayahku sedang demam” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah kembali menemani Nabi Muhammad SAW yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”. “Tak tahulah ayahku, sepertinya orang baru, karena baru sekali ini aku melihatnya” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah wahai anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut pun datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah SWT dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu” kata malaikat Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jmalaikat ibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar bahwa Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata malaikat Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya malaikat Izrail melakukan tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)”.



Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii! (Umatku, umatku, umatku)”. Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi sinaran itu. Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim.

Ya Allah, Berikanlah untuk Muhammad “al wasilah” (derajat) dan keutamaan. Dan tempatkanlah ia di tempat terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan”. Betapa mendalam cinta Rasulullah kepada kita ummatnya, bahkan diakhir kehidupannya hanya kita yang ada dalam fikirannya. Sakitnya sakaratul maut itu tetapi sedikit sekali kita mengingatnya bahkan untuk sekedar menyebut namanya.

Dari Abi Syaidah Radhiallah anhu berkata, " Sakaratul Maut itu umpama duri yang tajam dimasukkan ke dalam badan kemudian dikeluarkan dengan keras sehingga luruh daging dan tinggal apa yang di dalamnya.." Allahurobbi...

Sunday, 21 October 2012

Siapa lagi kalau bukan aku ?


" Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya " - Hadis Sahih ( Muslim )




Kita ...
Punya ibu, punya ayah,
Andai kata ayah kita mati malam ini ? Andai kata ibu kita sekejap lagi bakal pergi selamanya ? Adakah kita punya ruang punya waktu utk sekurang² nya mengucup dahi mereka buatkali terakhir dan membisikkan ..

" Saya sayang ayah ! Saya sayang mak ! "

Atau hanya ada teriakan di dalam hati di saat mereka terbujur kaku di pembaringan ? Teriakan yang mendesak kita utk kecewa dengan derhakanya kita, jahatnya kita dengan mereka ?

Mak ! sy banyak buat salah dengan mak ! sy derhaka dengan mak ! Ampunkan sy mak !
Ayah ! Tolong sy ayah ! Maafkan sy ayah sbb sy selalu menyakiti ayah !

Ingat ! Andai mereka mati atau meninggal dunia tepat jam 12 tgh malam. Apa yang berlaku sewaktu 7:58, 7:59 itu adalah sangat² penting. Cuba anda tanyakan kpd diri anda sekalian ? Sejauh mana anda menjamin anda telah menjadi seorang anak yang soleh dan solehah ? Seberapa kerapkah anda mengucap sayang kepada mereka setiap hari ? Atau anda lebih kerap melontarkan ucapan ' syg bie ! cyg syg ! ' kepada kekasih anda ? Tanya ! 

Andai kata mereka meninggal dunia malam ini, atau esok atau seterusnya...
Sanggupkah anda memandikan jenazah ibu atau ayahmu ? Sanggupkah ?!
Sanggupkah anda utk mengafankan jenaza ibu mu atau ayahmu ?
Beranikah anda untuk mengimami solat jenazah ayah dan ibumu ? 
Atau kta langsung tak tahu macam mana nak urus jenazah ayah ibu kita sendiri ??!

Kononnya kita bangga dengan status akademik kita sekarang,tapi dalam pd kita kejar ilmu dunia, kdg² kita terlupa bahawa kita sedang ketinggalan jauh di belakang utk ilmu yang akan menyelamatkan kita di akhirat.
Ulama berpendapat org yang paling baik paling afdal utk menguruskan jenazah org tua adalah anaknya. Maka kalian persiapkanlah diri kalian sewajarnya..aku mohon dengan sangat . tolonglah.

Kerana sekiranya org lain yg terpaksa menguruskan jenazah org tua kita, sungguh ! Aku malu. Aku malu dengan driku. Tersangat malu. Di saat mereka mengurut keras perut ibumu yang sedang dimandikan. Di saat mereka mengikat kemas tali kafan utk ayahmu. Sungguh ! Kalau roh itu mampu berbicara, mereka sudah pasti di dalam kesakitan. Karna yg mereka inginkan adalah sentuhan lembut drpd tgn anaknya yg soleh dan solehah. Doa yang penuh mustajab oleh anaknya setelah selesai mengimami solat jenazah mereka. Di saat air mata mengalir tidak putus putus utk memohon rahmat Allah. Mustahil Allah akan mengabaikan doa itu  ! Mustahil ! Allahu yasma dua'ana.. Renungkanlah...



Umi dan abahku,
Emi berjanji, akan ku bahagiakan umi dgn abah dunia akhirat..
Emi berjanji sekiranya umi dan abah terpaksa pergi dahulu dek kerana sayangnya Allah terhadap umi dan abah.. Emi yang akan jadi org itu !Tangan emi ini yang akan mengurut lembut perut abah sewaktu dimandikan ! Tangan ini yang akan mengafankan umi dan abah! Dan jasad ini ! Jasad ini yang akan mengimami solat jenazah kalian ! Inshaallah umi abah ! Emi tersangat sangat sayangkan umi dan abah. Andai saja umi abah bisa tahu.. -

Thursday, 11 October 2012

Siapa Calon Isteri Yang Baik ?


" Dinikahi perempuan kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakanlah yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan "  - Rasulullah saw

Assalamualaikum sahabak yang soleh dan solehah, saya tahu ramai di antara kita yang sedang cuba berubah utk menjadi solehah dan soleh. Cuba istiqamah dalam berjalan ke arah kebaikan. Teruskan. Anda akan mendapat ganjaran dan kemenangan. Tidak di dunia, di darul qarar. Entry ini ana nok berkongsi sikit pasai lagu mana noh ciri seorang isteri yang boleh hampa jadikan pilihan hati ? 

1. Wanita Solehah Yang Punya Agama

" Maka wanita yg solehah ialah yg taat kpd Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita² yg kamu khuatirkan nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka jgnlah kamu mencari jalan utk menyusahkan. Sunguh, Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar " - An Nisa' 34

2. Perempuan Yang Punya Rupa

Rasulullah sangat menitikberatkan soal rupa kerana ia juga merupakan faktor pengikat kasih sayang rumahtangga di samping pembinaan sebuah keluarga yang cantik di sisi Allah. Allahu jamil, wayuhibbu jamil. Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Oleh itu, memadai jika seseorang wanita itu mempunyai akhlak,agama,kesantunan dan tuturbicara yang sopan, maka itulah yang kecantikan dambaan lelaki soleh.

3. Anak Dara

Mengapa anak dara ? Kerana dari segi tutur katanya lebih lembut dan sifat malu yang ada padanya adalah sama seperti yang ada pada kebiasaan seorang perempuan yang lemah lembut. Rahim yang masih segar, dengan itu mereka lebih bersedia untuk menghasilkan zuriat yang ramai.

4. Zuriat Yang Subur

Antara tujuan berkahwin adalah utk mengembangkan zuriat. Nabi sendiri gembira akan perempuan yang mampu melahirkan ramai anak. Disebut di dalam hadis :

" Kahwinilah kamu wanita yang penyayang dan subur zuriatnya, kerana aku berbangga melihat ramai umatku di akhirat kelak " - Our Beloved Prophet Muhammad SAW

5. Keturunan Dan Status Sosial

Asal keturunan yang baik dan mulia juga menjadi salah satu kriteria dalam memilih calon isteri yang baik. Ini jelas disebut di dalam hadis yang terdahulu. Keluarga yang kuat pegangan agamanya akan melahirkan warga yang patuh dgn syariat Islam. 

6. Tiada Hubungan Kekeluargaan Yang Dekat

Di sini, adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi keturunan dan zuriat yang terdiri daripada pelbagai nasab dan keturunan. Oleh itu, Islam menggalakan kita agar memilih untuk berkahwin dengan perempuan yang tidak ada hubungan kekeluargaan yang dekat dengan kita.








Tuesday, 18 September 2012

Nok bagi anok kaweng ke nok jual anok ?

Assalamualaikum abi mate juling toink toink.. dan anaknye yang comey lotey aw aw.. Hehe.. tudey ai wang tu werait en enteri entaiteled ......

" Tingginya Maharmu " . Acecewah kekgi ade hok kabo aku galok nok nikoh ow. Ikut mung lah heh. Ning ilmu, hadiqotul jannah. Org hok mendekati majlis ilmu ni ibarat die mendekati taman-taman syurge. Okay ambe nok aju pesoalang lah kpd kite, ace tgok sekeliling mentaliti masyarakat kite.. Bile sebut je pasal mas kawin, sume pakat duk brebuk letok harge tinggi tinggi.Hok ni belawang harge ngn hok ni. Semek ni lawan harge mane tinggi ngan hok ni. Hok jadi mangse, hok jadi toler ubi nye pihak laki. Bakpe jadi lagu ning ?

" Seberkat-berkat perkhawinan, adalah yang paling murah maharnya " - Rasullullah Kerinduan Kami

10 Ribu, 15 Ribu.. mas kaweng lenim ! Dalam Quran sebut majoriti umat akhir zaman ni hok jahil... Hok rele gi ikut adat daripada ikut Rasulullah. Minoriti je hok nok ikut Rasulullah.. Doh bakpe jadi toler ubi gitu ? Ho lah pasal nok tunjuk hebat belake, Kononnye aku lah kuarge hok bulih letok harge tinggi macam nok jual anok. Tp hok Rasulullah kabo takbuh ikut.. Lain lah mahar hok die letok tu mmg padan dgn anok die. Contohnye, anok puan die tu ngaji 30 juzu', sunna sittah ingat dalam dade teruh.. Hoo hok tu lain kire.. mmg padan dgn harge..

Bak kate U.A.I , ning bace Quran pun keluk kelek.. Sirotolazi jadi Sirotolabi.. jari kaki pun panjang pendek panjang pendek.. Doh guane gitu ? Istihadoh dok reti beze, haid nifas dok reti beze, asal meroh tepek. Asal meroh tepek. Tengok luor takdok orang biungg lepor kut tingkap. Nyandor bahang pale posmen. Doh guane gitu ?Bukan nok hine tapi dok padan patut.. ilmu akidah dok reti..  Saboh ke dgn harge sapa rm 12 ribu, Rm 10 ribu.. ??


Perempuan hok mahal betul² ni tahu guane ? Hok betul² saboh dgn harge. Hok betul2 akan taat pada tok laki. Tu baru saboh 10 ribu. 20 ribu aku sanggup bayor. Tp maknenye bok kabo beri sini mung letok mahal² tu same mcam mu nok jual kancil. Org tanye brape harge ? Gini ah kite nok jual dalam 140ribu. Sape die nok beli ?? Nok jual biar padan dgn harge. Bahkan Tok Guru Nik Aziz sendiri hanye meletakkan seribu utk mahar anaknye. Padan doh. Syarat die, pimpin die ke syurge. Tu je..

Org laki ni sbenornye besar sgt sgt tanggungjawab die pikul. Kite letok harge tinggi² akan membebankan die. Sebab nape ? Bulan bulan kene bayor dok? Kene. dok beri nafkah.DOSE. Sehari makan kene bui 3 kali. Kalu dok. DOSE. Setahun kene bagi due pasang baju lengkap dari atah sapa bowoh. Kalu dok. DOSE. doh?? Banyok dok belanje tu ? BANYOKkk.. 

Ingatlah. Bukan ayoh bukan mok yg bagi rezeki kt kite. tp ALLAH. Zaman Nabi, sahabat tanye, " Ya Rasulullah, aku nak kawin ni tapi takdok duit. Rasulullah tanye ade berape, kawan tu jawab sekian sekian. Rasulullah kate, KAWIN " .. Maknenye sini Rasulullah mmg nak mempermudahkan urusan nikah kite ni umat umat die. Kite pulok jadi bodo sbb nok ikut ke adat sapa membelakangi Rasulullah..


" Dan nikahkanlah orang-orang yang membujang dikalangan kamu, atau hamba-hamba yang layak berkahwin, jika mereka miskin, ALLAH akan memberikan mereka rezeki, sungguh rezeki Allah maha luas dan Allah maha mengetahui " - An Nur 32


Bakal Isteriku,
Biarkan aku sibuk membahagia syurga di telapak ibu
 ku terlebih dahulu,
Sebelum aku cuba mencarimu di dalam urusan seharianku,
Kerana perlu kamu tahu sayang,
Aku juga sedang memperbaiki diriku,
Agar bisa menjadi IMAM yang terbaik buatmu 
dan seterusnya anak-anak kita.. 
Untuk itu, bersabar , berdoa dan istikharahlah sayangku..
Kelak Allah pasti menemukan kita..
Untuk Cinta kita ilal Jannah...

Friday, 14 September 2012

Peritnya Perjuangan Ini..

Assalamualaikum shbt-shbt yg masih utuh dgn susuk sisa perjuangan Rasulullah. Terpanggil diri saya utk menulis entry ini kerana saya lihat, ramai di antara sahabat-sahabatku yg baik, yg saban hari saban waktu semakin luluh perjuangan nya menuju kebaikan. Cakak ganu ah senang op ? 
Ambe tgk ade je di antare kite yg dlm proses nk ubah diri jadi baik, yg sedang berjalan dgn kebaikan, yg dok pernoh berhenti menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, tetapi dlm mase yg sme mnghadapi segala mcm kesusahan.

Bile kite nak jadi baik, orang kate kite ' eleh mcm ah baik sgt '  ! Bile kite berkongsi kebaikan, org akan kate ' bajet alim ekpung ! Sabar.. Ayoh Cik kate ( Tuan Guru Haji Abd Hadi ) , perjuangan Rasulullah laagi hebat lagi byk halangan. Sesiapa yg dlm proses baiki diri, menyuruh kebaikan, yg mana diri pun dok selayaknya dgn  digelar alim/soleh/solehah/baik atau sebagainya... Kuat ! Be Strong ! Allah menjanjikan kemenagan kpd awak dekat akhirat nanti. Di mane semua org masa tu menghadapi yaumul nadamah. Hari penyesalan.

" Menyesalnya aku dok buat kebaikan atah muke bumi mase aku masih hidup"
" Menyesalnye aku dok berkongsi kebaikan dlm fesbuk aku,
  malah aku memfitnah org dgn segale mcm keburukan "
" Menyesalnye aku kerana kecundang dlm perjuangan Islam "

Semua menyesal ! Okay. Sy nk berkongsi tentang sedikit coretan dlm sirah Perjuangan Rasulullah.

Suatu hari Rasulullah berjalan untuk pulang ke rumah. Ketika dlm perjalanan nk memasuki rumah Baginda tu, Baginda tengok ade orang letakkan kaca dan najis di laluan Baginda tu. Tapi Nabi sangat sangat bersabar dan mengalihkan sisa-sisa itu. Kemudian esoknya Nabi lalu lagi di tempat itu, Nabi dapati seorang perempuan tua yg meletakkan kaca dan najis tersebut. Rasulullah kite kan hebat ? Baginda melakukan hal yg sama. Tetap bersabar dan mengalihkan kaca dan najis tersebut. Sampai la suatu hari Nabi lalu, tapi tiada kelihatan najis dan kaca di situ. Nabi pelik. Nabi pun mendapati perempuan tua tersebut sakit. Kemudian Nabi menziarahinya. Nak tahu lagi ? 

Nabi siap memasak air tau utk mengubati perempuan itu. Mulia sungguh Rasulullah kita tu. Perempuan tersebut menangis kerana dia fkir apakah insan yg semulia Nabi dpt bersabar dgn perbuatannya tu. Lalu perempuan tua itu memeluk Islam.... Happy ending !!! hehe..

Tengok ? Bagaimana hebatnya perjuangan Rasulullah ? Tu tak cerite lagi pasal Nabi diarahkan bunuh, ditawarkan perempuan, diberi bermacam-macam harte untuk menghentikan perjuangan Nabi. Kite ni setakat baru org kabo " bajet alim, eleh mcm baik sgt , mung hal mung aku hal aku ! kubur masing² ! " . Kite nok bersedih dh ? dah dah... jadi kuat jadi kuat ! makin byk ujian makin kuat kite ! 



Teruskan Berjalan Dalam Kebaikan ye Awak,
Jangan pernah berhenti mengejar pelangi, 
Walau panas terkadang membahang,
Walau lidah menumpaskan pedang,
Satu hal yang perlu awak pegang,
Allah Bersama Perjuangan Awak !
- Pengejar Jannah Ilahi

Kerinduanku Rasulullah....

Assalamualaikum ! Hehe, saje je ambe letok srikandi solehah berniqab biru sebeloh ning.. Nok bagi semangat sikit bace.. kihkihkih.. Okay entry kali ni ambe nk berkongsi sedikit sebanyok psl Sirah yg ambe pasti kite sume tahu. Tp tahu nye mase bulan pose je, mase bulan dok pose jeng teruh abih dok ingat bende. Peristiwe mende ?

 Peristiwa Perang Badar yang berlaku 17 Ramadhan di mana tentera Islam hanya seramai 313 orang dipimpin Rasulullah melawan 1000 tentera kafir pimpinan Abu Jahal laknatullah. Berbekalkan kekuatan dan semangat serta laungan Allahuakbar dan Laailahaillallah. Rasulullah dan ahli badar telah berjaya mengalahkan tentera kafir. Okey takbuh cite banyok cume nk kongsi se bende dr isi2 kuliah jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi. 


Ahli Badar adalah semulia-mulia manusia Allah letakkan sbb sanggup tinggalkan segala harta, isteri dan seluruhnya untuk menegakkan Islam. Walaupun Saidina Usma tak dapat ikut perang, kerana terpaksa merawat isterinya yg sakit, tetapi Rasulullah tetap menyenaraikan beliau sebagai ahli badar . Allah memuliakan tentera ini dan berkata," buatlah apa sahaja, Aku akan ampunkan dosa kalian. 

MasyaAllah, hebatnya mereka di sisi Allah. Pengajaran di sini ialah " waktasimu bihablillah, wala tafarroku " . Hendaklah kamu berpegang dgn tali Allah, dan jangan lah berpecah belah. Ayuh sama sama umat Islam kita jgn duk sibuk nak baloh, meh duk same sbgai satu benteng yg kuat utk Islam, tanam niat utk mati syahid walaupun kite NAKUT PAHIT !

Tuesday, 11 September 2012

Layakkah Aku Untuk Dibelai Manusia ?

Rintihan - Aku Si Kucing Kurap

Hidup ku ibarat mencari sebutir nasi yang gugur..
Untung-untung dapat bertemu dengan insan pemurah..
Pasti berbeza hariku dengan yang biasa..
Kadang pula malang menimpa bertemu dengan manusia yang angkuh..
Kalau tak diusir.. Aku dipukul...





Aku tahu aku kotor atau lebih teruk jijik..
Dan bukan niatku untuk menggangu atau membuat kacau..
Tapi terkadang kelaparan menghimpit diri...
Memaksa aku untuk meminta-minta walau secara paksa..

Tak ku pinta diri ini dipelihara..
Cukuplah sekadar rasa simpati.. 
Janganlah aku dipukul..
Kasihanilah aku...

Namun.. aku bersyukur..
Kerana masih ada insan yang prihatin..
Dan dengan alasan ini aku meneruskan hidup..
Menmpuhi dunia yang penuh dengan duri ..
Kian menusuk aku saban hari saban waktu..
Tapi aku percaya di celahannya masih ada sinar pelangi..

Walau aku hanya Si Kucing Kurap...

Sunday, 9 September 2012

Biar Dia Berbicara...

Biar Gambar Berbicara
" Kata orang, hidup sang tua kerana harganya sebuah mudi,
Di sini, aku dapati mudinya nyenyak dirantai berahi dunia,
Perkasa seorang pahlawan tengelam dek kerana nafsu mereka,
Lalu berani melontar ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Banggakah kalian akan jajahan ini ? 

Kemudian, kerdip langkah membawa aku,
Di celah-celah hiba dan kelatnya kota,
Kelihatan sang tua riang bersama rezkinya,
Detik berlari mengisi kekosongan hati,
Dahaganya mudi akan nilai,
Nilai sebuah MERDEKA.
Yang ada, hanya laungan.
Yang ada hanya sepanduk,
Kononnya Aku lah merdeka !
Sunyi.
Aku yang merasainya.

Saturday, 8 September 2012

Hampirnya kita kepada kehancuran dunia..

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum sahabat-sahabat yang beriman..Bergoncang, Kematian ngeri, Mayat bertaburan, Gunung beterbangan, Laut melimpahi bumi.. Itulah yang akan berlaku seketika lagi. Percayalah, sudah terlalu hampir. Anda dapat lihat sendiri apa yang berlaku dengan dunia sekarang bukan ? Tapi, kita sendiri yang memilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga apabila orang berbicara mengenai K I A M A T sedang mereka tahu ia sememangnya akan berlaku. Bila ? 

" Dan sesungguhnya ilmu berkenaan bila berlaku kiamat itu hanya ada pada Allah, dan sesungguhnya aku hanya pemberi peringatan " - Al Mulk 26

Pada perkongsian ini, Inshaallah, terdetik hati aku untuk merintih, mengingat , dan mengajak sahabat semua untuk kembali kepada Qanaah kita sebagai orang yang akan mati, akan menghadapi hari kiamat di mana hari penentuan amal kita sama ada toriqan ilal jannah, atau toriqon ila nar..

Hari Kiamat Itu Sudah Terlalu Dekat
Dari Abu Sa'id al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

" Demi Dzat Yang nyawa ku ada di Tangan-Nya,kiamat itu tidak akan terjadi sampai ada binatang buas berbicara kepada manusia, cambuk dan tali kasut seseorang akan berbicara kepadanya,lalu pahanya akan memberitahukan kepadanya mengenai apa yang diperbuat oleh isteri sepeninggalnya " - Riwayat At-Tirmidzi

Sepuluh Tanda Kiamat
Dari Hudzaifah bin Usaid al- Ghifari, ia berkata, 'Telah datang kepada kami Nabi pada saat kami sedang bermuzakarah, maka Baginda bersabda :

" Apa yang tengah kamu bicarakan ? " Mereka berkata; " Kami sedang mengingat Hari Kiamat. " Beliau bersabda; " Sesungguhnya hari kiamat tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda-tanda. Kemudian beliau menyebutkan tentang azab, Dajjal, Binatang besar, munculnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa, Ya'juj dan Ma'juj, tiga gerhana, iaitu gerhana di barat, gerhana di timur, dan gerhana di jazirah arab, dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat perkumpulannya. " Dalam riwayat lain; " Apu yang keluar dari jurang ' Adn mengiring manusia ke tempat perkumpulannya." Dalam lain riwayat, tanda ke sepuluh adalah angin yang melempar manusia ke lautan "

Jadi, sejauh mana anda yakin anda akan selamat daripada azab yang Allah telah janjikan kepada kita ? Sebanyak mana amal anda yang ingin dibekalkan sementara menunggu untuk dihisab ? Tanya hati kecil anda, tanya iman anda.. Sesungguhnya anda orang yang sangat beruntung kerana masih diberi ruang untuk bernafas di bumi Allah. Untuk apa ? Illa liya'buduna Allah... Barakallahufikum...


" Tatkala manusia riang dengan telatah hiburan dunia yang begoncang, mucul kamu sang kelat berdiri bak kemuncup untuk meratah perjuangan akhirat... Teruskanlah merintih kepada Cintamu sahabatku... Allah di hatiku... " - Pengejar Pelangi Allah

Friday, 7 September 2012

Bersangka baiklah sahabatku..

Assalamualaikum member² gua yg baik lagi beriman. Alhamdulillah ala kulli hallin.. Hari ning Allah masih beri izin untuk gua menulis sedikit perkongsian cerita yg gua yakin mesti lu org sume pernah kene.. Serius kali ni gua tanak cerite panjang² pasal mesti memalam ni malaz ekau nak baco hah. 

Okay.. cerite ni bertajuk .. - Gua Rock Gua Beriman -


Ade la sorang remaje ni member gua . L E L A K I . Yg namenye lelaki, mestilah lasak kan ? Okay nak dijadikan cerite satu hari ni member gua ni ikut satu lawatan pergi KL & Melake. Actually member gua ni excited sgt kot nok gi lawatan. Maklumlah berape kali je buleh sapa Kole Lumpor. Oke. Die ni nak kate jentel, taklah sgt. Tapi die mmg sgt sgt suke berguran and makin someone smile. Dgn jokenye lawaknye, perwatakannye.. Bagi gua, mcm makhluk asing pun ade.. Tak meced, pasaipa ? Pasai nak kasi semua org happy dan gua yakin jauh dari sudut hati dia, dia ada satu atau mungkin seribu kesedihan yang terlindung di sebalik senyuman dia.

Okay. Dress look die ala tak nampak mcm alim langsung ! Serius. Kalau aku jadi awek, aku akan cakap, ' eleh laki ni same je macam laki laen ! Bukan lelaki yg baik. But siapa kita kan nak menilai manusia di saat Allah setia melihat hari hari manusia bekerja sebagai hamba. Dlm pade die nih bercakap, bergurau, bermain dan segale jenih ber lagi ah, akan ade je org yg mencemuh die, menegur bukan pade carenye kt die ni. Aku sendiri tak tahu mcm mana die rase. Kdg2 aku juge lihat die sendirian, termenung. Barangkali memikirkan org yg selalu menjatuhkan die walaupun org tak tahu niat dia.

Allah maha Hebat, Maha Tinggi.. Allah punya kuasa nak tunjuk kan betapa silapnya penilaian manusia ini. Dont judge a book by its cover . Bahkan dalam Quran sebut Allah jadikan manusia itu bermacam macam adalah untuk kita saling berkenal kenal antara satu sama lain. Bukan menjatuhkan sesama sendiri. Nak dijadikan cerite, bas yang dinaiki ni berhenti pada satu persinggahan utk solat dan makan. Remaje tadi ni memulakan langkahnya dengan doa..

' Allahumma jaalna minna naajihin, wa amaluna amalan solihin, wa ibadana ibadan mukhlisin, wa zunubana zunuban musta'firin ' ...

 Pada solat magrib dan isyak itu, dia memberanikan diri untuk menjadi imam walaupun dia tahu dia bukan org yg baik, ada kisah silam sendiri, asal org jahat, tapi at least dia cuba utk jadi baik kerna org yg masuk syugra itu dengan mcm² cara. Ada yg senyum, ada dengan perang, ada dengan mendekati hadiqotul jannah. Mungkin kelebihan yg Allah beri kepada remaje ni, dia boleh mengalunkan alunan al-quran dengan indah sekali. Merdu sekali alis alis irama surah Al mulk bacaannya pd malam itu. Mungkin kerna itulah melembutkan hati para pencemuh para penilai yang bijaksana utk mencari cari siapa yg menjadi imam pada malam itu.

Selesai, waktu makan. Seorang wanita bertanya kepada sekumpulan remaja yg menjadi makmum itu tadi. ' Sape imam tadi ? ' Jawab seorang lelaki, ' dia ! ' .. lalu menunjukkan ke arah remaja itu. Dengan sayu sekali wanita tadi berkata , ' Ya Allah sejuknya hati akak... tak sangka pulak awak yang jadi imam.. sedap bacaan awk sambil berseloroh nak bertanya dah ada orang ke belum ? Wanita itu memandang dari atas sampai bawah lelaki itu. Pakaiannya ala ala rockers.. seluar ketat, baju tshirt. Rambut pun kusut masai. Lelaki baik ke ? Ye. bukan lelaki baik, tapi cuba jadi baik kerna itu yg terbaik. Sebaliknya org yg jahat adalah yg merasakan diri dia baik.  Allah maha adil kan ? satu kelebihan lah buat remaja ini kerana suaranya mampu melembutkan hari manusia utk mendampingi Allah dan Al Quran.. 

Moralnye, ' la yaskhor kaumun min kaumin asaa an yakuna khairan minhum ' ..Maksudnye, janganlah kamu mencela sesuatu kaum itu, kerana barangkali mereka yang dicela itu lebih baik daripada kamu. Ada lagi satu ayat mafhumnya,' jangan lah kamu bersangka buruk. Kerana separuh daripada sangkaan kamu itu adalah daripada hasutan jin'. So, mari kita ambil sebagai renungan... setiap org dikurniakan kelebihan dan kekurangan yang sama adil daripada Allah.. Yang menjadi bezanya kita sendiri. amal kita, mentaliti kita. So beringat termasuk aku, lepas lepas ni.. jangan bersangka buruk pada org... semua org baik. tapi kita sendiri bukan org yg baik yapi cuba untuk jadi baik.. 


" Robbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrota a'yun
waja'alna lilmuttakina imaama.... "

- Sang pengejar pelangi srikandi solehah..-